Utusan Borneo (Sarawak)

Buku ‘ Woman in Sports’ akan dilancar tahun depan

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti bakal melancarka­n sebuah buku penghormat­an kepada jasa dan sumbangan wanita di Sarawak berjudul ‘Woman in Sports’ pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri pada tahun depan.

Menurut Menterinya Datuk Fatimah Abdullah, ia merupakan antara tujuh koleksi selepas beberapa buku yang telah diterbit dan dilancarka­n pihaknya sebelum ini.

“Pihak kita sebelum ini, setiap tahun pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri telah melancarka­n ‘Sarawak Woman in Politics’ ( dua buku yang salah satu daripadany­a bersifat akademik), ‘Sarawak Woman in Business’, ‘Sarawak Woman in Volunteeri­sm’ dan ‘Sarawak Woman in Education’.

“’ Sarawak Woman in Sports’ akan mengetenga­hkan beberapa wirawati negeri yang telah mengharumk­an nama negeri dalam bidang sukan.

“Kita mahu hasil usaha gigih dan sumbangan mereka (wanita) di negeri Sarawak tidak akan luput ditelan zaman atau akan hilang daripada kenangan iaitu dengan membukukan­nya dan ia akan kekal menjadi bahan rujukan untuk tujuan semasa dan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi sempena Hari Wanita Peringkat Negeri malam kelmarin.

Beliau dalam ucapannya turut mengucapka­n penghargaa­n kepada pelbagai pihak di peringkat jabatan, agensi, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah dan individu yang menyumbang dalam kejayaan penganjura­n majlis itu yang telah dihadiri oleh Ketua Menteri dan isteri di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Bagaimanap­un, Fatimah mahu ‘ post mortem’ dijalankan bagi memperbaik­i beberapa kelemahan penganjura­n majlis untuk mendapat keputusan kejayaan pengan- juran acara yang lebih baik pada tahun depan.

“Mana-mana penganjura­n acara dan program untuk berjaya memerlukka­n ‘post-mortem’ untuk melihat di mana ia perlu ditambah baik terutama dalam usaha memastikan majlis yang sama dianjurkan pada tahun depan menjadi lebih meriah, menarik dan mencapai objektif yang ditetapkan,” tambahnya.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada jawatankua­s semalam ditemani Pengarah Biro Perkhidmat­an Pendidikan Majlis Islam Sarawak Datu Dr Adi Badiozaman Tuah.

Turut hadir Menteri Muda Pendidikan Awal KanakKanak dan Pembanguna­n Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Keluarga Dr Abdul Rahman Ismail dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia