Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiri acara anak sebagai tanda sokongan

Jangan serah tanggungja­wab pengasuh, guru kehadiran ibu bapa bermakna kepada anak

- Oleh Jessica Jawing

Sama ada anak kita mencapai sesuatu kejayaan atau tidak kita harus memberi sokongan kepada mereka dengan menghadiri acara seperti penyampaia­n hadiah dan sebagainya.

KUCHING: Ibu bapa sewajarnya berkorban masa untuk menghadiri acara anak-anak sebagai tanda sokongan serta motivasi kepada mereka.

Isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu berkata, ibu bapa tidak harus menyerahka­n tanggungja­wab hanya kepada pengasuh atau guru sahaja kerana kehadiran mereka lebih bermakna kepada anakanak.

“Sama ada anak kita mencapai sesuatu kejayaan atau tidak kita harus memberi sokongan kepada mereka dengan menghadiri acara seperti penyampaia­n hadiah dan sebagainya.

“Kita harus memberi sokongan kepada mereka bagi memberi motivasi bukan sahaja semasa mereka di peringkat pendidikan awal kanak-kanak tetapi sehingga ke universiti sekalipun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesye­n Taska Tadika Yayasanku Sayang Siri Keenam yang dihadiri Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang di Auditorium Yayasan

Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu Isteri Ketua Menteri

Sarawak di sini, semalam.

Jamilah yang juga penaung Taska Tadika Yayasanku Sayang berkata, beliau kagum dengan ibu bapa yang hadir pada majlis itu kerana kehadiran mereka akan memberi makna begitu besar kepada anak mereka.

Beliau berkata tidak dinafikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak amat perlu diambil kira sebagai satu langkah awal bagi membentuk generasi yang cemerlang dan unggul pada masa depan.

“Seperti membuat bangunan pencakar langit, bahagian terpenting yang perlu dibina sekukuh-kukuhnya ialah bahagian ‘foundation’ supaya keseluruha­n struktur bangunanny­a tidak mudah goyah.

“Anak-anak sekalian masih pada usia muda, maka itu perjalanan dan perjuangan bagi mencapai kegemilang­an akademik masih jauh dan terbentang luas.

“Tugas dan tanggungja­wab mendidik perlu dikongsi bersama oleh para guru dan ibu bapa agar anak-anak kita mampu memperoleh kejayaan cemerlang,” katanya.

Mengulas lanjut beliau ber- kata, Taska Tadika Yayasanku Sayang merupakan taska tadika yang pertama di tempat kerja di Sarawak yang bermula dengan 20 kanak-kanak pada 2010.

Jamilah berkata dengan tenaga pengajar seramai empat orang dan kekurangan fasiliti serta mengharung­i pelbagai cabaran, kini Taska Tadika Yayasanku Sayang telah mendidik anak- anak seramai hampir 200 orang sejak ia ditubuhkan.

Sementara itu Azmi dalam ucapannya berkata Taska Tadika Yayasanku Sayang telah dianugerah­kan antara tujuh taska swasta berkualiti di Sarawak baru-baru ini.

Katanya ia dipilih berdasarka­n kriteria-kriteria tertentu yang sekali gus menyaksika­n taska tadika Yayasanku Sayang menepati pematuhan itu.

“Kita juga mengadakan program anak angkat di mana pada tahun ini seramai 18 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun yang datang daripada keluarga kurang berkemampu­an telah dipilih.

“Pemilihan program akan diadakan setiap Disember di mana kakitangan akan turun padang bagi memilih dan mengenal pasti mereka yang layak untuk program ini,” katanya.

Beliau berkata Taska Tadika Yayasanku Penyayang telah ditubuhkan empat tahun lepas dan pada tahun ini (2016) kira-kira 14 ahli keluarga kakitangan Yayasan Sarawak serta anak syarikat menghantar anak ke taska berkenaan.

Katanya mereka menikmati pelbagai faedah termasuk kadar bayaran yuran yang amat memberi manfaat kepada mereka berbanding ke prasekolah lain di luar.

 ??  ?? TAHNIAH: Jamilah menyampaik­an skrol kepada kanak-kanak Taska Tadika Yayasanku Sayang sambil disaksikan Azmi (tiga kiri) pada Majlis Konvokesye­n Taska Tadika Yayasanku Sayang Siri Keenam semalam.
TAHNIAH: Jamilah menyampaik­an skrol kepada kanak-kanak Taska Tadika Yayasanku Sayang sambil disaksikan Azmi (tiga kiri) pada Majlis Konvokesye­n Taska Tadika Yayasanku Sayang Siri Keenam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia