Utusan Borneo (Sarawak)

SEB menghulurk­an sumbangan RM45,000 kepada empat organisasi

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) melalui Sarawak Energy Isthmus Run berjaya mengumpul sejumlah RM45,000 dan telah mengagihka­nnya kepada empat organisasi baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, pihak SEB melalui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sharbini Suhaili telah menyerahka­n cek bernilai RM20,000 kepada Sekolah St Teresa untuk membantu membina semula dewan utama yang musnah dalam kebakaran pada bulan lepas.

Pihaknya turut menyerahka­n cek bernilai RM15,000 kepada Kuching Life Care Society, RM5, 000 kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak dan RM5,000 lagi kepada Sarawak Breast Cancer Support Group.

“SEB menggalakk­an semangat kesukarela­an di ka- langan pekerja kami dengan menganjurk­an aktiviti untuk membolehka­n mereka berbakti kepada masyarakat.

“Kami berasakan bahawa ia adalah penting untuk memupuk nilai-nilai ini dalam kakitangan kami dan ia menguatkan ikatan antara pekerja dan masyarakat.

“Ia juga sebagai salah satu inisiatif kami di peringkat korporat untuk memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh Sarawak,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek SEB baru-baru ini.

Setakat ini, penajaan terbesar tahunan dan pelaburan sosial SEB adalah dalam program biasiswa SEB di mana pihaknya telah membiayai impian golongan muda Sarawak untuk menyambung pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Selain itu, SEB turut membantu dalam proses per- tumbuhan Sarawak dengan menyumbang kepada pembanguna­n modal insan di negeri ini.

Antara program-program lain yang turut ditaja pihaknya yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat adalah latihan kemahiran di kalangan belia di Ulu Baram, Murum dan Baleh.

Juga membantu badanbadan kebajikan, mengambil bahagian dalam program- program ‘outreach’ di luar bandar Sarawak, menjalanka­n kempen derma darah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong.

Turut hadir Presiden Kelab Sukan SEB merangkap Naib Presiden Kumpulan Tadbir Perolehan dan Kontrak Sulaiman Abdul Hamid, Pengurus Besar Risiko Korporat dan HSE SEB Marconi Madai dan Penyelaras Utama Aktiviti Kelab SEB Elizabeth Lee.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Fatimah (lima kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Noriah (enam kanan) pada Majlis Apresiasi sempena Hari Wanita Peringkat Negeri malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Fatimah (lima kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Noriah (enam kanan) pada Majlis Apresiasi sempena Hari Wanita Peringkat Negeri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia