Utusan Borneo (Sarawak)

154 orang menerima pingat dan darjah kebesaran daripada TYT

-

KUCHING: Seramai 154 orang telah dianugerah­kan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini semalam.

Mendahului senarai penerima adalah Setiausaha Eksekutif Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sarawak Sutin Shamat yang telah dianugerah­kan Pingat Pentad- biran Awam Johan Perkhidmat­an Cemerlang (JPC).

Lima orang telah menerima Pingat Pentadbira­n Awam Pingat Perkhidmat­an Cemerlang (PPC) yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan Bakrie Zaini.

Pingat PPC turut dianugerah­kan kepada Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dr Saadiah Abdul Samat, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Pembetunga­n Lau Hieng Ung, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporatio­n Wong Ting Chung dan Timba- lan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Ibrahim Lumpu.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (PBS) pula menyaksika­n seramai empat penerima dan sembilan penerima bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Pegawai Bintang Kenyalang (PBK).

Pingat Pentadbira­n Awam Pingat Perkhidmat­an Bakti ( PPB) pula disampaika­n kepada 20 penerima dan 16 penerima dianugerah­kan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bin- tang Sarawak (ABS).

Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang pula dianugerah­kan kepada 31 penerima manakala Pingat Pentadbira­n Awam Pingat Perkhidmat­an Terpuji (PPT) kepada 30 penerima.

Seramai 38 orang menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (BBS).

Turut hadir pada istiadat pengurniaa­n tersebut adalah Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, tetamuteta­mu kehormat dan ketuaketua jabatan.

 ??  ?? TAHNIAH: Taib menyematka­n Pingat Pentadbira­n Awam Johan Perkhidmat­an Cemerlang kepada Sutin.
TAHNIAH: Taib menyematka­n Pingat Pentadbira­n Awam Johan Perkhidmat­an Cemerlang kepada Sutin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia