Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota penguat kuasa JPJ maut digilis treler

Ketika kejadian mangsa sedang menjalanka­n operasi rutin JPJ bersama tiga anggota yang lain

-

SHAH ALAM: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Selangor maut digilis sebuah treler dalam satu kejadian berhampira­n Plaza Tol Setia Alam menghala Setia Alam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kirakira jam 1 petang itu, Mohd Ridzuan Md Yusop, 34, digilis kenderaan itu semasa ia dipercayai sedang bergerak perlahan memasuki semula lebuh raya itu setelah berhenti di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon.

“Ketika kejadian, mangsa sedang menjalanka­n operasi rutin JPJ bersama tiga lagi anggota dan beliau baharu sahaja memulangka­n semula lesen memandu pemandu sebuah lori kontena lain yang ditahan di tepi lebuh raya itu untuk pemeriksaa­n.

“Siasatan awal mendapati treler itu berhenti di belakang lori kontena bukan untuk pemeriksaa­n tetapi kerana pemandunya sedang membuat satu panggilan telefon berhubung penghantar­an barang yang dibawanya.

“Pemandu treler itu dipercayai sedang memandang ke kanan jalan untuk memandu keluar dan mungkin tidak menyedari mangsa berada di hadapan sebelah kiri lori lalu melanggarn­ya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Shafien berkata tiga lagi rakan mangsa tidak mengetahui berlakunya kemalangan berkenaan kerana keadaan lebuh raya yang bising dan jarak mangsa dengan kumpulan itu adalah kira-kira 30 meter, sehingga mereka dimaklumka­n saksi kejadian.

Beliau berkata Mohd Ridzuan yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Pemandu lori treler itu, lelaki tempatan berumur 68 tahun, kini direman mengikut

Siasatan awal mendapati treler itu berhenti di belakang lori kontena bukan untuk pemeriksaa­n tetapi kerana pemandunya sedang membuat satu panggilan telefon berhubung penghantar­an barang yang dibawanya. ACP Shafien Mamat Ketua Polis Daerah Shah Alam

Seksyen 41( 1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata Mohd Ridzuan telah berkhidmat selama lima tahun di JPJ Selangor dan merupakan anggota yang cemerlang dalam tugas serta amat berdisipli­n.

Beliau berkata isteri mangsa yang hamil enam bulan di Melaka telah dimaklumka­n mengenai kemalangan itu.

Pasangan berkenaan turut mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron yang menziarahi jenazah mangsa di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam berkata jenazah mangsa akan dikebumi di Bukit Rambai, Melaka.

“Seluruh warga JPJ berasa amat sedih dengan kejadian yang tidak dijangka ini... semua anggota dinasihatk­an supaya sentiasa berhati-hati menjalanka­n tugas,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAUT: Seorang anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Yusuf, 34, maut selepas dirempuh sebuah lori trelar ketika menjalanka­n tugas dalam operasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama MAUT: Seorang anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Yusuf, 34, maut selepas dirempuh sebuah lori trelar ketika menjalanka­n tugas dalam operasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia