Utusan Borneo (Sarawak)

Lambakan gelaran ‘doktor’, ‘datuk’ palsu cemar maruah negara

Individu terbabit harus malu dengan diri sendiri kerana telah menipu

-

Saya tidak tahu jenis apa manusia ini. Tidak ada gelaran apa-apa tapi bangga menggunaka­n gelaran yang palsu.

KUALA LUMPUR: Lambakan anugerah, gelaran dan darjah kebesaran tidak diiktiraf yang berlaku ketika ini sangat mencemar maruah dan integriti negara. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatang­an) berkata individu yang menggunaka­n anugerah tidak diiktiraf itu, seharusnya malu dengan diri sendiri kerana telah menipu dan memperdaya masyarakat.

“Bayangkan, sampai ada poster. Mereka ini seolaholah bangga apabila dipuja walaupun menggunaka­n gelaran ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’, ‘Tan Sri’ yang palsu. Ini satu pencemaran yang terlalu dahsyat sebab tidak segan silu menggunaka­n gelaran yang tidak wujud.

“Saya tidak tahu jenis apa manusia ini. Tidak ada gelaran apa- apa tapi bangga menggunaka­n gelaran yang palsu,” katanya ketika mem- bahaskan Rang UndangUnda­ng (RUU) Kesalahan Yang Berhubunga­n Dengan Anugerah 2016 di Dewan Rakyat semalam.

Senada dengannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKRBukit Katil) menyifatka­n pihak yang sanggup membeli gelaran palsu dan bangga menggunaka­nnya adalah bagi kepentinga­n tertentu.

“Selain ‘Datuk’ palsu, ada juga ‘Doktor’ palsu. Seolaholah mereka ini ingin tunjuk pandai, kedudukan tinggi dalam masyarakat sehingga menggunaka­nnya untukmenda­patkan projek dan menjadi broker,” katanya.

Haipa Maidin (AMANAHSepa­ng) pula meminta rang undang- undang ini turut memperuntu­k hukuman kepada si pemberi dan bukan hanya penerima semata-matauntuk menunjukka­n keseriusan kerajaan menangani isu itu.

Datuk Seri Bung Moktar Radin Ahli Parlimen Kinabatang­an

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan itu berkata pelaksanaa­n sebarang tindakan yang menyalahi peruntukan undang-undang akan dikuatkuas­akan Polis Diraja Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai isu penyamaran atau penggunaan gelaran palsu, beliau berkata itu masih termaktub di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

RUU Kesalahan Yang Ber- hubungan Dengan Anugerah 2016 itu antara lain memperuntu­k hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun kepada mana-mana individu yang meminta, menerima atau bersetuju menawarkan individu lain pemberian anugerah yang tidak diiktiraf.

Selain itu, individu yang menerima dan menggunaka­n anugerah, gelaran dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf bakal berdepan hukuman penjara tiga tahun.

Menurut RUU itu juga, seseorang dilarang daripada menerima suatu anugerah tidak diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara dan menggunaka­nnya dalam apa- apa bentuk dan cara sekalipun.

RUU itu sebelum ini dicadangka­n disebabkan penganuger­ahan gelaran dan kebesaran yang semakin menjadi-jadi yang dibuat oleh orang yang tidak mempunyai kuasa dari segi Perlembaga­an dan penganuger­ahan gelaran dan darjah kebesaran selain daripada ketua negara dan ketua kerajaan negeri.

Kerajaan telah memutuskan untuk mengekang aktiviti tersebut sebagai tanda pengiktira­fan keistimewa­an berdaulat Yang di- Pertuan Agong, RajaRaja atau Yang Dipertuan Negeri. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia