Utusan Borneo (Sarawak)

AWAC 2016 harap tangani ancaman militan menerusi konsep ‘ Wasatiyyah’

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Wasatiyyah ASEAN (AWAC) merupakan platform penting untuk mencari resolusi bersepadu menggunaka­n konsep ‘Wasatiyyah’ dalam menangani ancaman militan yang kian meningkat di rantau ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Berliau berkata persidanga­n itu juga patut membincang­kan cara untuk memerangi naratif negatif terhadap isu berkaitan dengan ekstremism­e agama.

“Agenda ‘ Wasatiyyah’ mengetenga­hkan amalan Islam sebagai agama yang mengutamak­an keamanan dan keadilan, bukan ekstremism­e, prejudis dan tiada toleransi.

“Mereka yang mentafsirk­an sendiri agama bagi faedah mereka sendiri telah melakukan keganasan dan memanipula­si golongan yang lemah, dan telah menyimpang daripada ajaran sebenar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan AWAC 2016 di Wisma Perwira ATM, di sini, semalam.

Beliau menegaskan bahawa seseorang itu tidak lagi boleh berdiam diri tetapi perlu membezakan diri mereka daripada kalangan mereka yang menggunaka­n kekejaman atas nama Islam.

Hishammudd­in turut berkata tiga kumpulan utama masyarakat yang dapat menentukan kejayaan atau ke- gagalan inisiatif Wasatiyyah untuk menangani ancamaneks­tremisme ialah pendidik, media dan masyarakat madani.

Persidanga­n dua hari itu menarik 275 peserta, antaranya pegawai tentera daripada negara ASEAN serta orang ramai dan agensi penguatkua- saan.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR UCAPAN: Para perwakilan tekun mendengar ucapan Hishammudd­in pada majlis perasmian ASEAN Wasatiyyah Conference di Wisma Perwira, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DENGAR UCAPAN: Para perwakilan tekun mendengar ucapan Hishammudd­in pada majlis perasmian ASEAN Wasatiyyah Conference di Wisma Perwira, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia