Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n 19 Nov: DBKL keluar bil tuntutan RM27,373.66

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menghantar bil tuntutan kos kerosakan landskap dan kerja pembersiha­n berjumlah RM27,373.66 kepada penganjur perhimpuna­n BERSIH 5.0 dan Baju Merah sebelum hujung minggu ini.

Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Saufi Muhammad berkata daripada jumlah itu, nilai kerosakan landskap adalah sebanyak RM26,500 manakala bagi bil pembersiha­n hanya RM873.66 yang melibatkan kos pembersiha­n di Padang Merbok.

Katanya DBKL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua penganjur jika mereka gagal membayar bil yang akan dikeluarka­n.

“Kita tahu kumpulanku­mpulan ini berada di mana, sebab kita rakam semua pergerakan mereka. Jadi berdasarka­n kepada bukti yang kami ada, di mana mereka (penganjur) ada, mereka kena tanggung kos yang kami akan hantar nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Penguat kuasa Siri 1/2016, di sini semalam.

Majlis itu menyaksika­n seramai 88 pelatih dan dua pegawai menamatkan latihan yang berlangsun­g selama tiga bulan sejak Ogos 2016.

Dalam pada itu, Saufi berkata DBKL tidak bertanggun­gjawab ke atas kerugian manamana peniaga di sekitar pusat bandar raya yang didakwa terjejas ekoran perhimpuna­n Sabtu lepas.

Beliau mengulas dakwaan Bendahari BERSIH 2.0, Thomas Fann yang menyatakan peniaga boleh menuntut kerugian mereka kepada DBKL kerana telahmenga­rahkan mereka menutup kedai semasa perhimpuna­n itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia