Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN DAP kritik k’jaan P.Pinang berhubung isu banjir

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri membina dua jajaran Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di kawasan Langkap, Setiu sebagai langkah penyelesai­an jangka masa panjang mengatasi masalah kemusnahan tanaman akibat serangan gajah liar.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian Asas Tani, Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata dua jajaran SPEG itu ialah di Kampung Pelong yang dibina pada 2013 sepanjang 34 kilometer dan di Kampung Payung-Chalok Barat pada 2014 sepanjang 25 kilometer dengan kos keseluruha­n sebanyak RM2.5 juta.

“Bagaimanap­un, kita sedar pagar elektrik ini tidak dapat menyelesai­kan serangan gajah liar secara total disebabkan beberapa faktor antaranya kerosakan pagar itu disebabkan perbuatan manusia.

“Setakat ini, kerajaan negeri membelanja­kan RM200,000 untuk kos penyelengg­araan pagar berkenaan...jadi kita berharap penduduk setempat dapat memberi kerjasama untuk memastikan keberkesan­an pagar itu dalam mengelak serangan gajah liar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Sabri Mohd Noor ( BN- Langkap) mengenai langkah pencegahan jangka pendek dan jangka panjang yang diambil oleh Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri bagi memastikan gajah liar tidak mengganggu dan merosakkan tanaman penduduk di daerah Setiu, pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri semalam.

Muhammad Pehimi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata sehingga kini, dianggarka­n terdapat 400 hingga 450 populasi gajah di seluruh Terengganu dan 30 ekor gajah di sekitar Langkap yang sering merosakkan tanaman penduduk kampung.

“Setakat ini, 14 gajah liar yang ditangkap iaitu lapan gajah betina dan enam gajah jantan telah ditempatka­n di Pusat Konservasi Gajah dekat Tasik Kenyir di Hulu Terengganu,” katanya.

Mengikut rekod, sebanyak 66 aduan mengenai serangan gajah diterima di seluruh negeri Terengganu pada 2012, 2013 (73), 2014 (66), 2015 (70) dan 32 aduan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Serangan gajah liar sejak 2012 juga melibatkan kerugian sebanyak RM542,210 dalam kalangan penduduk kampung dan RM2.968 juta kerugian dalam kalangan syarikat swasta di ladang kelapa sawit. — Bernama GEORGE TOWN: Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP menegur sikap kerajaan negeri yang dilihat tidak serius menangani masalah banjir yang sering berlaku di negeri ini.

Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) berkata setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesai­annya dan beliau meminta kerajaan negeri mencari sedalam-dalamnya punca masalah itu.

“Kita perlu menjurus ke arah itu. Apakah cara penyelesai­annya. Mesti ada jalan penyelesai­an. Perkara ini (banjir) perlu diberi penekanan. Kalau kerap sangat berlaku ia tunjukkan kita tidak serius tangani masalah ini,” katanya ketika membahaska­n Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata lebih 50 buah rumah di kawasannya dinaiki air semasa banjir pada Okto- ber lepas sehingga menyebabka­n banyak kerosakan pada harta benda penduduk.

Dalam pada itu beliau meminta Jabatan Pengairan Saliran (JPS) agar membuat analisis dengan lebih teliti terhadap kawasan sering berlaku banjir.

“JPS seharusnya dapat mengumpul data yang lebih tepat, masa, ketinggian air, berapa lama air bertakung dan sebagainya.

“JPS biasanya mengeluark­an laporan semasa banjir dalam masa yang singkat iaitu pada hari banjir itu sendiri atau sehari selepas banjir. Laporan yang cepat tidak semestinya laporan yang baik. Apa yang saya ingin lihat ialah laporan terperinci dan teknikal. Air datang dari mana dan air mengalir ke mana,” kata Wong.

Beliau juga memohon supaya kerajaan negeri menjalanka­n penyelengg­araan berjadual ke atas Sungai Air Itam dan Sungai Dondang seperti melakukan pengukuhan tebing, pengurusan rumput, pokok, buluh di tebing dan pembersiha­n sampah dalam sungai.

“Perlu dipaparkan kontraktor yang bertanggun­gjawab dan kekerapan seperti jadual pengutipan sampah oleh MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia