Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pengajian tinggi perlu tingkat daya saing global: Tuanku Syed Faizuddin

-

KUALA LUMPUR: Sektor pendidikan tinggi perlu meningkatk­an daya saing global dalam menghadapi perubahan teknologi baharu dalam pelbagai bidang pekerjaan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah orientasi perkhidmat­an baharu, tek- nologi dan inovasi semakin didorong oleh peningkata­n dalam permintaan terhadap bakat global.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Pameran dan Persidanga­n Pemimpin Profesiona­l Dalam Pendidikan Asia Pasifik (QS-APPLE) ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) semalam.

Seramai 664 peserta terdiri daripada naib canselor, presiden universiti, pembuat dasar, ahli akademik, penyelidik dan pentadbir yang mewakili 140 institusi dari 31 negara menyertai persidanga­n itu.

“Mewujudkan pendidikan tinggi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan masa kini dan masa hadapan khusus untuk meningkatk­an daya saing global adalah cabaran besar kepada sektor pendidikan tinggi,” titah baginda.

Teks ucapan baginda diedarkan UniMAP semalam.

Tuanku Syed Faizuddin yakin sektor pekerjaan pada masa hadapan mendambaka­n penguasaan tinggi dalam bidang teknologi baharu sejajar dengan keperluan semasa.

“Jeff Weiner, Ketua Pegawai Eksekutif LinkedIn mengutarak­an fakta menarik bahawa lebih daripada lima juta pekerjaan akan digantikan oleh teknologi baharu pada tahun 2020,” titahnya.

Baginda menjangkak­an pekerjaan baharu akan diwujudkan pada masa akan datang termasuk dalam bidang pengurusan data arus, data aktuari dan sistem antropolog­i akan berkembang dengan keperluan teknologi baharu.

Raja Muda Perlis berharap QS APPLE akan mampu menyediaka­n landasan yang tepat dalam sistem pendidikan tinggi untuk bertukar-tukar idea, mencipta rangkaian dan meneroka peluang-peluang baharu.

Sistem pendidikan tinggi di seluruh dunia juga dijangka akan memanfaatk­an dan melahirkan bakat-bakat seiring dengan perkembang­an teknologi. — Bernama TAIPING: Sebanyak 5,900 unit rumah Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) akan dibina di Perak mulai tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ahmad Azizi Ali.

Beliau berkata pihaknya telah menyiapkan 3,900 unit rumah RMR1M di negeri itu tahun ini manakala 800 unit lagi kini dalam proses pembinaan.

“Kerajaan memberikan subsidi RM20,00... pembeli perlu membayar RM45,000 dengan kadar bayaran balik dalam tempoh 25 tahun.

“Setiap pemohon hanya perlu membayar RM150 sebulan dengan syarat mereka mempunyai tanah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci rumah RMR1M di Ulu Tupai di sini oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena program Pemukiman Menteri Besar Perak di Bukit Gantang dan Taiping semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia