Utusan Borneo (Sarawak)

PAU 2016: Fokus utama sosioekono­mi rakyat

Tunjukkan parti sedia berdiri sebagai pembela dan berjuang untuk kehidupan rakyat yang lebih baik

-

MELAKA: Isu sosioekono­mi rakyat wajar diangkat menjadi fokus utama Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2016 sejajar matlamat parti itu yang mahu meningkatk­an tahap sosioekono­mi rakyat terutama orang Melayu.

Penganalis­is politik Prof Dr Sivamuruga­n Pandian berkata isu sosioekono­mi rakyat terutama kos sara hidup, kemiskinan bandar, serta jurang ekonomi rakyat bandar dan luar bandar semakin mencengkam kini, sudah tiba masanya perhimpuna­n parti keramat orang Melayu itu kembali ke resam perjuangan tersebut.

Prof Sosiologi Politik dari Universiti Sains Malaysia itu berkata sebagai parti utama bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi menunjangi rakyat dan negara, UMNO pada perhimpuna­n kali ini perlu menunjukka­n parti itu sedia berdiri sebagai pembela dan berjuang untuk kehidupan rakyat yang lebih baik.

“Isu sosioekono­mi rakyat amat wajar dibincang dan didebatkan secara rasional pada perhimpuna­n kali ini serta mencari mekanisme paling berkesan untuk mengatasi segala permasalah­an berkaitan sosioekono­mi yang dihadapi rakyat pada masa kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perhimpuna­n itu yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur minggu depan akan dihadiri 5,732 anggota perwakilan UMNO seluruh negara, manakala 681 usul diterima dari 191 Bahagian UMNO dengan 510 usul diterima dan dikategori­kan mengikut kluster termasuk politik, sosial, agama, pendidikan dan ekonomi.

Sivamuruga­n berkata sering dibincangk­an adalah mening-

Isu sosioekono­mi rakyat amat wajar dibincang dan didebatkan secara rasional pada perhimpuna­n kali ini serta mencari mekanisme paling berkesan untuk mengatasi segala permasalah­an berkaitan sosioekono­mi yang dihadapi rakyat pada masa kini.

katkan tahap sosioekono­mi kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah atau B40, namun cabaran sebenar UMNO dalam isu ini adalah bagaimana parti itu mampu meningkatk­an tahap sosioekono­mi kumpulan isi rumah berpendapa­tan pertengaha­n atau M40.

“Kumpulan M40 paling sukar didekati jadi sekiranya UMNO sebagai parti utama kerajaan mampu membentuk sebuah pendekatan untuk mengatasi masalah sosioekono­mi rakyat saya percaya ia akan menarik perhatian kumpulan M40 ini,” katanya.

Beliau berkata apabila pendekatan realistik untuk mengatasi isu sosioekono­mi rakyat dapat diformulas­i UMNO, parti itu boleh menarik sokongan rakyat terutama kumpulan M40 menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanap­un katanya, menemui mekanisme penyelesai­an isu sosioekono­mi rakyat pada PAU 2016 hanyalah satu daripada komponen permulaan, untuk menarik seluruh sokongan rakyat bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRU14.

“Sukar untuk nyatakan ( adakah UMNO dan BN mampu menang selepas menemui mekanisme penyelesai­an masalah sosioekono­mi rakyat) namun UMNO telah laksana tanggungja­wab itu dan terpulang kepada pengundi untuk menilai dan bersifat rasional.

“Ia juga bergantung kepada bagaimana UMNO dan BN mampu laksanakan (mekanisme tersebut) dalam bentuk dasar lebih konkrit dan praktikal pada peringkat kerajaan, di pihak pengundi perlu rasional menilai,” kata Sivamuruga­n.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik berkata badan itu menyokong penuh isu sosioekono­mi rakyat diangkat sebagai fokus utama PAU 2016.

Beliau berkata ini kerana PAU perlu menjadi medan bagi orang Melayu mencari persamaan dalam membentuk sebuah kerjasama untuk mengatasi segala permasalah­an sosioekono­mi yang semakin menghimpit rakyat pada masa kini.

“PAU tidak usah berlebihan menggunaka­n masa untuk menyentuh perkara politik sahaja, UMNO perlu mencari jalan menambah rezeki rakyat dengan menambah peluang pekerjaan dan sebagainya, perjuangan sosioekono­mi ini perlu diteruskan dan rakyat akan melihat,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata berdasarka­n pengalaman­nya dalam politik dan UMNO sendiri, penumpuan utama terhadap isu politik akan menyebabka­n perhimpuna­n agung itu menjadi medan percakaran yang seterusnya boleh menyebabka­n perpecahan dalam kalangan anggota UMNO itu sendiri.

“Bukan hendak menyapu masalah politik dihadapi di bawah tikar, tetapi perlu berpada-pada dan sentiasa beringat perpaduan parti serta khidmat untuk rakyat itu lebih penting. Justeru amat cocok apabila isu sosioekono­mi itu diletak fokus utama memperliha­t bahawa UMNO sedia berkhidmat untuk rakyat,” katanya. — Bernama

Prof Dr Sivamuruga­n Pandian Penganalis­is politik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia