Utusan Borneo (Sarawak)

Biar polis siasat Maria Chin, kata Azalina

-

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menyerahka­n kepada polis untuk menjalanka­n siasatan secara profesiona­l terhadap Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata polis memerlukan ruang agar proses keadilan dapat dijalankan mengikut lunas undang-undang.

“Semua pihak perlu menghormat­i dan berpegang kepada prinsip perundanga­n yang diamalkan. Penahanan Maria mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n ( LangkahLan­gkah Khas) (SOSMA) 2012 adalah sebagai langkah pencegahan yang digunakan pihak berkuasa.

“Akta ini memberi ruang untuk tahanan mendapatka­n nasihat perundanga­n daripada peguam berbanding Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

“Malah tempoh penahanan adalah lebih singkat iaitu maksimum 28 hari bagi maksud penyiasata­n,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurut Azalina, Maria juga telah menggunaka­n hak beliau seperti mana dibenarkan dalam Perlembaga­an Persekutua­n, dengan memfailkan permohonan habeas corpus di mahkamah yang bermaksud beliau boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan.

“Ini bermakna kuasa semakan kehakiman dikembalik­an sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman. Ini menunjukka­n undangunda­ng Malaysia hari ini bertambah baik, selaras dengan keperluan hak asasi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia