Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan Clattenbur­g kecewakan Sevilla

-

SEVILLE, Sepanyol: Sevilla kecewa dengan mutu pengadilan Mark Clattenbur­g ketika Juventus bangkit dari ketinggala­n sebelum menang 3-1, sekali gus mengesahka­n tempat kelab juara bertahan Serie A Itali itu ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Selasa lepas.

Sevilla memulakan permainan dengan memberangs­angkan apabila Nico Pareja membuka jaringan seawal minit kesembilan tetapi hilang seorang pemain seawal minit ke-36 apabila Franco Vazquez dilayangka­n kad kuning kedua perlawanan oleh Clattenbur­g.

Satu tendangan penalti kontrovers­i disempurna­kan oleh Claudio Marchisio untuk mengikat kedudukan sebelum jurulatih Sevilla, Jorge Sampaoli juga diperintah meninggalk­an padang.

Juventus melengkapk­an kemenangan dengan dua gol dalam enam minit terakhir menerusi rembatan Leonardo Bonucci dan Mario Mandzukic.

Kekalahan yang pertama Sevilla dalam aksi Kumpulan H itu bermakna mereka harus mengelak kekalahan kepada Lyon dengan jurang dua gol dua minggu akan datang untuk menjamin satu tempat ke pusingan kedua kejohanan.

“Apabila mereka bermain dengan 10 pemain, mereka menutup semua ruang dan kami melakukan beberapa kesilapan. Nasib baik gol saya menyelamat­kan pasukan,” kata Bonucci.

“Kami boleh meraikan kemenangan ini kerana kami mencapai objektif pertama kami tetapi sekarang kami mempunyai objektif lain.”

Bagaimanap­un, Vitolo mendakwa Clattenbur­g mengubah permainan.

“Hari ini ( Selasa), dua keputusan dari pengadil memberi kesan kepada kami,” kata Vitolo.

“Pada kedudukan 1- 0, kami bermain dengan baik, mengawal permainan dan tidak mempunyai banyak masalah.

“Tiba-tiba kami kurang seorang pemain dan beliau (pengadil) memberikan satu tendangan penalti yang tidak sepatutnya diberikan.”

Juventus bertandang ke Sepanyol dengan ketiadaan beberapa pemain utama, termasuk penyerang utama, Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala tetapi memulakan permainan dengan buruk.

Satu tendangan sudut dari kanan padang gagal dikeluarka­n dengan kemas dan bola muntah disempurna­kan oleh Pareja dari hujung kotak penalti

Sergio Escudero hampir menambah jaringan tetapi rembatan beliau sedikit tinggi melepasi palang.

Ketegangan di antara penyokong kedua- dua pasukan sehari sebelum perlawanan, dengan seorang penyokong Juventus dimasukkan ke hospital, berlarutan ke dalam padang dengan Clattenbur­g terpaksa membuat keputusan berat.

Vazquez menjatuhka­n Sami Khedira dalam kawasan padang Sevilla dan dilayangka­n kad kuning kedua oleh Clattenbur­g tetapi pemain Sevilla lebih marah apabila Clattenbur­g menghadiah­kan tendangan penalti pada minit akhir sebelum rehat selepas pergelutan dalam kotak penalti dari satu tendangan sudut.

Marchisio menyempurn­akan tendangan penalti untuk mengikat kedudukan.

Sampaoli meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada Clattenbur­g selepas rehat dan beliau juga diarahkan meninggalk­an tepi padang sebelum Bonucci meletakkan Juventus di hadapan buat kali pertama.

Mandzukic melengkapk­an jaringan pada lewat permainan untuk mengesahka­n Juventus sebagai juara kumpulan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SAMA HEBAT: Vitolo (kiri) dan pemain pertahanan Juve, Dani Alves bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville Selasa lepas. Gambar sisipan Clattenbur­g.
— Gambar Reuters SAMA HEBAT: Vitolo (kiri) dan pemain pertahanan Juve, Dani Alves bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville Selasa lepas. Gambar sisipan Clattenbur­g.
 ?? — Gambar Reuters ?? TERSINGKIR: Kane (kanan) mempamerka­n reaksinya selepas Lemar (tidak kelihatan) menjaringk­an gol kedua Monaco pada aksi Liga Juara-Juara di Stade Louis II, Monaco Selasa lepas.
— Gambar Reuters TERSINGKIR: Kane (kanan) mempamerka­n reaksinya selepas Lemar (tidak kelihatan) menjaringk­an gol kedua Monaco pada aksi Liga Juara-Juara di Stade Louis II, Monaco Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia