Utusan Borneo (Sarawak)

Monaco kubur impian Spurs

-

MONACO, Perancis: Harry Kane menjaringk­an gol pertama beliau dalam Liga Juara-Juara tetapi tidak dapat mengelak pasukannya, Tottenham Hotspur dari tersingkir kejohanan apabila tewas 1-2 di Monaco Selasa lepas.

Spurs memerlukan satu mata untuk menghidupk­an peluang melangkah ke pusingan kedua dan Keane mengikat kedudukan dengan satu tendangan penalti selepas Djibril Sidibe meletakkan Monaco di hadapan.

Bagaimanap­un, Thomas Lemar meletakkan Monaco kembali di hadapan pada minit ke-53 – selepas tendangan penalti Radamel Falcao berjaya ditepis penjaga gol Spurs – sebelum bertahan sehingga ke wisel penamat untuk menjamin satu tempat ke pusingan kedua kejohanan.

Monaco juga layak ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan E sementara Bayer Leverkusen juga mengesahka­n kemaraan selepas seri 1-1 di CSKA Moscow pada perlawanan awal.

“Ia satu kemenangan yang indah. Kami berasa gembira dan saya berharap ia berterusan,” kata Sidibe dengan pasu- kannya melangkah ke pusingan kedua buat kali kedua dari tiga musim.

“Objektif kami ialah untuk layak ke pusingan kedua dan kami muncul juara kumpulan, sesuatu yang penting. Kami akan meraikan kejayaan ini sebelum memulakan persediaan untuk fasa seterusnya.”

Sementara itu, Tottenham akan menentang CSKA pada perlawanan terakhir kumpulan untuk memburu kelayakan ke Liga Europa sekiranya mahu terus beraksi di Eropah selepas Krismas.

Ia sememangny­a keputusan mengecewak­an buat anak buah Mauricio Pochettino, yang hanya mencipta satu kemenangan dari sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an dan sudah tewas tiga dari lima perlawanan di Eropah.

“Selepas bolos gol pertama, kami kembali dengan satu gol penalti tetapi ia sukar untuk difahami bagaimana kami bolos gol kedua,” kata Pochettino.

“Jika anda mahu pergi ke tahap seterusnya dalam Liga Juara-Juara, anda tidak dapat bolos gol seperti itu.”

Spurs memulakan perlawanan dengan keazaman tinggi apabila Dele Alli dan Mousa Dembele diturunkan dalam kesebelasa­n utama walaupun kedua-dua pemain diragui dapat beraksi sebelum itu.

Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim, juga menurunkan skuad terkuat dengan jentera serangan yang paling berbisa di Eropah musim ini.

Bagaimanap­un, Spurs terlepas peluang terbaik untuk membuka jaringan seawal minit keenam apabila Song heung-Min gagal menewaskan penjaga gol Danijel Subasic.

Empat minit kemudian selepas itu, Monaco memperoleh­i tendangan penalti tetapi penjaga gol Spurs, Hugo Lloris menepis tendangan Falcao.

Monaco bagaimanap­un berjaya membuka jaringan tiga minit selepas rehat apabila Sidibe menyempurn­akan hantaran Benjamin Mendy.

Spurs bagaimanap­un mengikat kedudukan tidak lama selepas itu dari satu tendangan penalti Kane selepas Kamil Glik menjatuhka­n Alli dalam kotak penalti.

Gol itu bagaimanap­un membangkit­kan semangat Monaco dan menjaringk­an gol kedua tidak lama selepas itu menerusi rembatan Lemar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia