Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho kesuntukan masa

Kemenangan ke atas Feyenoord akan pastikan United melangkah ke pusingan 32 terakhir Liga Europa 2016

-

PARIS, Perancis: Malam bola sepak Liga Europa dianggap satu gangguan untuk beberapa kelab, terutama sekali dengan hadiah kemenangan tidak begitu lumayan berbanding Liga Juara-Juara tetapi ia tetap memberi makna kepada kelab lain seperti Manchester United, yang memburu kelayakan ke pusingan 32 akhir.

United adalah salah satu dari lima bekas juara Eropah yang bermain pada kejohanan kelas kedua Eropah.

Tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris musim lepas menyebabka­n United terpaksa beraksi dalam Liga Europa untuk musim kedua berturuttu­rut – musim lepas tersingkir awal kepada Liverpool.

PengurusUn­ited,JoseMourin­ho, setakat ini gagal dalam impian menjadi jurulatih pertama memenan- g i tiga kejuaraan Liga JuaraJuara b e r - sama t i g a k e l a b berbeza s e l e p a s memenangin­ya bersama FC Porto d a n

Sememangny­a beliau tidak gembira tetapi beliau mengubah kekecewaan­nya dengan cara yang betul dan bekerja keras untuk menyesuaik­an diri. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

Inter Milan tetapi gagal melakukann­ya di Chelsea dan Real Madrid, kini harus membuat sasaran lebih sederhana apabila menentang Feyenoord.

United kurang satu mata di belakang Feyenoord dan Fenerbahce, yang menewaskan mereka pada perlawanan terakhir di Istanbul untuk membuka saingan tiga penjuru untuk ke pusingan 32 akhir.

Kali terakhir Mourinho terlibat dalam Liga Europa, dalam format lama Piala UEFA, ialah ketika memenangin­ya bersama FC Porto, 13 tahun yang lalu.

Tetapi selepas dua kekalahan dengan hanya dua kemenangan setakat musim ini bersama United, yang disingkirk­an oleh Porto dari Liga JuaraJuara setahun y a n g lalu,

ada satu kemungkina­n di mana United akan gagal meneruskan kemaraan.

Selepas kekalahan kepada Fenerbahce, Mourinho menuduh anak buahnya “tidur” ketika melaksanak­an tugas dan kelihatan seperti bermain “perlawanan persahabat­an pada musim panas.”

Laporan media tempatan Selasa lepas mencadangk­an Mourinho akan menawarkan peluang kepada Henrikh Mkhitaryan, pemain yang kurang beraksi sejak perpindaha­n dari Dortmund pada perlawanan menentang Feyenoord.

“Sememangny­a beliau tidak gembira tetapi beliau mengubah kekecewaan­nya dengan cara yang betul dan bekerja keras untuk menyesuaik­an diri,” kata Mourinho ketika merujuk kepada Mkhitaryan.

Dengan Fenerbahce bertemu dengan pasukan tercorot Kumpulan A, Zorya Luhansk pada perlawanan lain, United perlu memburu kemenangan sekiranya mereka mahu meneruskan kemaraan. Kelab lain dari Liga Perdana yang turut memburu kelayakan ke peringkat seterusnya ialah Southampto­n, yang akan bertemu dengan Sparta Prague, pendahulu kumpulan.

Southampto­n pernah menewaskan Prague 3-0 pada awal kejohanan tetapi sejak itu, Prague mencipta tiga kemenangan berturut-turut untuk menduduki tangga teratas.

Kemenangan buat Prague akan menyaksika­n mereka layak ke pusingan 32 akhir tetapi mereka harus menewaskan lawan dari England buat kali pertama dalam tempoh tiga dekad.

Inter, di tangga tercorot kumpulan yang sama selepas tiga kekalahan dan baharu melantik Stefano Pioli sebagai jurulatih baharu ekoran pemecatan Frank de Boer, akan menentang Hapoel Beer Sheva dari Israel, yang ketika ini berkelebih­an satu mata berbanding mereka.

Kemenangan Inter membolehka­n mereka merapatkan kedudukan dengan kurang satu mata dengan Southampto­n, sekiranya Southampto­n tewas.

Empat pasukan sudah layak ke pusingan 32 akhir – Zenit Saint Petersburg dari Kumpulan D, Ajax dari Kumpulan G, Shakhtar Donetsk dari Kumpulan H dan Schalke dari Kumpulan I.

Schalke, yang belum tercicir sebarang mata setakat ini, akan bertemu dengan Nice. — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia