Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai Kejohanan Futsal Balingian 2016, 16-18 Dis ini

-

MUKAH: Peminat futsal di Balingian dan di kawasan sekitarnya dijemput menyertai Kejohanan Futsal Balingian 2016 bakal diadakan di gelanggang futsal Kampung Masjid Balingian pada 16 hingga 18 Disember depan.

Menurut pengerusi penganjur, Hafizzul Abdul Halim ini merupakan kejohanan futsal terbuka julung kali dianjurkan oleh Kelab Sukan Rekreasi Balingian ( KSRB).

“Setakat ini, sebanyak 20 pasukan telah mendaftar dan berkemungk­inan besar kita menambah slot berdasarka­n banyak permintaan diterima mengikuti kejohanan ini,” katanya di sini semalam.

B a g a i m a n a p u n , beliau memberitah­u setiap slot adalah terhad berikutan format pertanding­an adalah secara liga berkumpula­n.

Kejohanan itu untuk membentuk generasi muda ke arah aktiviti sihat dan mengukuhka­n budaya kerjasama kalangan belia di kawasan Balingian dalam apa juga program.

Sementara itu, penganjur bersama Mohd Taib Biak mengatakan program ini sebenarnya mengeratka­n perpaduan dan input positif belia dalam setiap program dianjurkan.

Wang tunai sejumlah RM1,800 antara hadiah bakal direbut oleh pasukan- pasukan mengambil bahagian pada kejohanan ini untuk tempat pertama hingga tempat keempat.

Tarikh tutup dan pembayaran yuran penyertaan RM100 untuk sepasukan adalah pada 10 Disember depan.

Untuk maklumat lanjut dan sesiapa berminat menyertai kejohanan ini boleh menghubung­i Hafizzul ( 014- 5992567) dan Nor Salam Ali ( 0148840911).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia