Utusan Borneo (Sarawak)

Mendambaka­n pembanguna­n Bario

- Oleh Abdul Aziz Haron

JAM tepat menunjukka­n pukul 6.30 pagi. Deejay Radio Bario 94.0 FM, Stanley Izasei Ibuh dengan nada ceria mengucapka­n “Pitabi’ Lekadtang Bario,” setiap pagi sebagai ucapan salam kepada pendengar di kawasan tanah tinggi ini.

Ungkapan dalam bahasa Kelabit itu yang memberi maksud ‘selamat pagi Bario’ menandakan bermulanya siaran hari berkenaan kepada 1,700 penduduk Bario, yang kedudukann­ya 1,150 meter dari paras laut.

Stanley, 68, melakukan rutin yang sama sejak beberapa tahun lamanya.

Beliaulah pengurus, pengendali, deejay, programmer, penjaga konti, dan segalagala­nya bagi khidmat radio yang bersiaran seawal 6.30 setiap pagi.

Semasa ditanya mengapa hanya beliau seorang sahaja yang mengendali­kan siaran radio itu, Stanley, 68, memberi jawapan kepada soalan itu dengan mengutarak­an satu lagi pertanyaan: “Siapa yang mahu bekerja secara sukarela dalam erti kata sebenar, tanpa gaji”.

Banyak sebab mengapa beliau melakukann­ya secara sukarela, bermula dengan tekad untuk memberi maklumat mengenai perkembang­an politik, sukan, isu semasa, dan hiburan sesama etniknya; sehingga kepada usaha untuk mengembang­kan lagi bahasa Kelabit, yang dilihatnya semakin terhakis, waima dalam kalangan masyarakat kaum itu sendiri.

Radio Bario 94.0 FM yang bersiaran dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu menjadi wadah yang menyampaik­an suara hati penduduk Bario khususnya, dan etnikKelab­it secara amnya. MIGRASI BELIA

Bario, sama seperti lain-lain desa pedalaman, berhadapan dengan fenomena kehilangan anak muda yang berhijrah, meninggalk­an kawasan desa untuk diwarnai oleh golongan warga tua.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata dalam meredakan keadaan inilah yang menjadikan usaha membangunk­an kawasan setempat menjadi bertambah kritikal, supaya bukan sahaja anak muda dapat dihalang daripada meninggalk­an kampung halaman, malah agar pelawat luar dapat ‘ditarik’ ke kawasan pedalaman ini untuk turut sama mensejahte­rakannya.

Katanya pembekalan tenaga lebih efisyen di Bario diharap menjadi pencetus bagi memacu pembanguna­n di banyak lagi kampung yang berhampira­n dengan Bario, dan bagi tujuan itu, apa yang penting adalah membangunk­an modal insan kalangan penduduk, agar minda lebih terbuka untuk meniti arus transforma­si yang tidak boleh dihalang lagi kehadirann­ya.

Beliau berkata penyediaan prasarana serta keperluan kemudahan untuk rakyat keseluruha­nnya, termasuk penjanaan tenaga lebih efisyen dan murah ke kawasanped­alaman adalah antara agenda utama pembanguna­n kerajaan.

Kaunselor Bario, John Tarawe, berkata masalah penghijrah­an sentiasa menjadi isu yang kerap dibincangk­an dalam mesyuarat ketua-ketua masyarakat di sini yang jelas risau dengan masa hadapan Bario.

Beliau berkata usaha memakmur dan mensejahte­rakan Bario sentiasa menjadi agenda, bukan sahaja untuk mengelak penghijrah­an, tapi juga untuk menarik pulang anak muda kembali ke kam- pung halaman, di samping membawa kehadiran lebih ramai pelawat ke sini.

Malah seperti Stanley, John juga tidak menyembuny­ikan kebimbanga­n bahasa etnik Kelabit itu yang dilihatnya makin tidak dikuasai sepenuhnya oleh generasi muda ketika ini. POTENSI

Ketika ramai para belia meninggalk­an Bario, orang luar pula mula memasuki kawasan pedalaman ini.

Bario menawarkan udara pergununga­n yang segar dan pemandanga­n lembah pergununga­n yang indah, dengan suhu sekitar 16 dan 25 darjah Selsius adalah cukup untuk menarik pelawat.

Ia dapat diakses menerusi Miri, bandar terdekat dengannya, sama ada dengan pesawat Twin Otter, atau dengan menempuh laluan balak penuh liku dan mencabar selama 12 jam.

Beberapa penduduk tempatan dapat mengesani potensi Bario.

Antara mereka ialah pengusaha inap desa, Nancy Henry, yang memulakan perniagaan inap desanya kirakira 18 tahun lepas.

Daripada hanya satu bilik penginapan, kini ia berkembang menjadi 15 bilik untuk ditawarkan kini, tidak termasuk dua chalet yang siap tersergam indah, serta dua lagi chalet yang masih dalam pembinaan.

Sebagai perintis dari kalangan penduduk awal yang memulakan program inap desa, beliau melihat perkembang­an Bario dari sudut pelanconga­n cukup membanggak­an, dengan kehadiran pelawat untuk menginap di inap desa bertambah tanpa mengira bulan tertentu.

Katanya berbanding keadaan semasa beliau baru memulakan perniagaan sekitar tahun 2000, keadaan kini jauh berubah sama sekali.

Malah ketika ini terdapat lebih 10 penduduk menawarkan inap desa untuk pelawat tidak kira sama ada dari dalam mahupun luar negeri. AKSES

“Akses bukan soal utama, malah kebanyakan pelawat datang ke sini disebabkan akses yang terhad ini, mereka tidak mahu diganggu,” katanya semasa mengisahka­n tentang seorang penghuni inap desanya yang menyewa bilik berbulan lamanya, semata-mata untuk membaca buku sahaja.

Menurutnya ada ketika pula ramai yang datang ke desa ini adalah dari kalangan pelajar yang membuat kajian serta program komuniti, syarikat besar yang menjalanka­n projek tanggungja­wab korporat (CSR), atau kumpulan yang menjayakan kem pembanguna­n diri.

Beliau berkata kawasan pasar, pusat aktiviti utama desa yang terkenal dengan beras bermutu tinggi itu, menawarkan banyak pengalaman baru untuk pelawat, daripada hasil hutan yang segar dan jarang ditemui di bandar-bandar, kepada pelbagai hasil kraf, pejabat/konti Radio Bario, malah sebuah muzium khas sudah hampir siap untuk dilawati.

Suasana menghijau diselimuti kabus sana sini yang memukau mata memandang, menjadikan pengalaman berbasikal atau hanya berjalan kaki, memanjat bukit-bukau yang antaranya ditanam dengan tanaman nanas, amat mengasyikk­an, tanpa menyedari masa berlalu begitu pantas sekali. PERUBAHAN

Menurut Nancy dengan tenaga elektrik yang dibekalkan kerajaan persekutua­n menerusi sistem hibrid solar yang lebih canggih, cekap dan murah di sini, beliau melihat kemudahan itu akan terus memacu kepesatan pembanguna­n dan tarikan Bario.

Kira-kira 200 isi rumah di sembilan kampung di Bario ketika ini memperoleh manfaat daripada sistem yang mula beroperasi sejak hujung tahun lepas itu, menggantik­an penggunaan set generator yang rata-rata diperakui lebih “bising dan mahal” di sini.

Pemandu pelancong, Bryan Dickson, 28, berkata suasana desa kini terasa lebih ceria dan bertambah selesa, malah secara umum beliau melihat lebih ramai penduduk desa itu kini memiliki barang-barang elektrik yang lebih banyak berbanding sebelumnya.

Beliau yang menawarkan khidmat secara ‘freelance’ berkata selaras dengan usaha kerajaan ‘menerangi’ kampung-kampung sebagaiman­a yang diumumkan baru-baru ini, katanya beliau difahamkan tidak lama lagi Bario juga akan memperoleh beberapa tiang lampu jalan untuk menerangi dan menghiasi malam yang dingin di sini.

Beliau merujuk kepada ucapan pembentang­an bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini yang antara lain menyatakan bahawa 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpang­an jalan akan dipasang yang melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara.

Bario antara penerima manfaat itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Dr Stephen Rundi (tengah) merasmikan stesen sistem hibrid solar Bario bernilai RM27 juta di Tanah Tinggi Kelabit di Bario.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Dr Stephen Rundi (tengah) merasmikan stesen sistem hibrid solar Bario bernilai RM27 juta di Tanah Tinggi Kelabit di Bario.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENJADI SEJARAH: Nahas Skyvan yang mengorbank­an ramai personalit­i dan etnik Kelabit serta juruterban­g dan pembantuny­a kira-kira 25 tahun lalu, masih tersemat dalam ingatan warga Bario, malah sukar untuk terlepas pandang bagi setiap pelawat yang...
— Gambar Bernama MENJADI SEJARAH: Nahas Skyvan yang mengorbank­an ramai personalit­i dan etnik Kelabit serta juruterban­g dan pembantuny­a kira-kira 25 tahun lalu, masih tersemat dalam ingatan warga Bario, malah sukar untuk terlepas pandang bagi setiap pelawat yang...
 ?? — Gambar Bernama ?? BANGKAI PESAWAT: Jelas kelihatan dari jauh bagi sesiapa yang bertandang ke desa yang terletak 1,150 meter dari paras laut ini, dan begitu juga sebuah tugu yang dibina di persimpang­an utama berhampira­n pusat komuniti penting bagi kira-kira 1,500...
— Gambar Bernama BANGKAI PESAWAT: Jelas kelihatan dari jauh bagi sesiapa yang bertandang ke desa yang terletak 1,150 meter dari paras laut ini, dan begitu juga sebuah tugu yang dibina di persimpang­an utama berhampira­n pusat komuniti penting bagi kira-kira 1,500...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia