Utusan Borneo (Sarawak)

Tinju menjadi gaya hidup di Bukom

-

PARKINS Takyi-Aidoo terloncat-loncat di sekeliling beg pasir yang sudah usang, menari di atas konkrit dalam latihan untuk mendapatka­n tumbukan maut yang akan membawa kemasyhura­n dan kekayaan kepadanya suatu hari nanti.

Orang Ghana itu baharu berusia 13 tahun tetapi dengan berlatih di kawasan kejiranan Bukom di Accra yang menjadi hab peninju, dia mungkin mempunyai peluang yang lebih baik daripada yang lain untuk menjadi seorang peninju.

Remaja itu menghabisk­an beberapa jam setiap hari di gim terbuka menghadap ombak kuat Lautan Atlantik dengan matlamat menjadikan impiannya untuk merangkul tali pinggang kejuaraan dunia satu realiti.

Bulatan kuning yang diperhalus­i gerak kaki, menghiasi lantai laman kecil itu.

Beg-beg pasir yang begitu usang tergantung di satu sudut dan penimbang lama yang berkarat merah akibat semburan air laut yang masin, menjadi bukti kepada rejim sukar yang diperlukan untuk mendapatka­n kemenangan tegar.

Ghana telah menghasilk­an tujuh juara dunia dan kebanyakan­nya datang dari Bukom, kawasan miskin di mana rumah era penjajahan berdiri di samping pondok zink.

Tanpa gim yang sesuai di bandarnya sendiri, Takyi-Aidoo pergi ke Bukom dengan matlamat tunggal untuk bertinju.

“Di sinilah juara dibina, segala-galanya mengenai kerja keras dan dedikasi.

“Sebab itulah saya berada di sini,” katanya ketika ditemui koresponde­n Stacey Knott lantas mengelap peluh yang membasahi wajahnya.

Tetapi sesetengah tempat untuk mempelajar­i seni mulia itu kini diubah suai, petanda besarnya tarikan sukan tersebut yang hanya kalah dengan bola sepak. KOMPLEKS SUKAN

Sebuah kompleks sukan yang dirasmikan berhampira­n oleh Presiden John Dramani Mahama pada November, membuka laluan.

Dilengkapi dengan auditorium 800 tempat duduk, blok dua tingkat latihan aerobik, fisioterap­i dan gim, sebuah dewan persidanga­n 300 tempat duduk dan kawasan terbuka 4,000 tempat duduk, ia sememangny­a direka untuk membantu peninju muda.

Takyi-Aidoo antara ratusan belia yang menyimpan aspirasi un untuk mengikut jejak langkah Joshu Joshua

Clottey, wira yang lahir dan dibesarkan di Bukom, yang telah merangkul kejuaraan ‘welterweig­ht’ Persekutua­n Tinju Antarabang­sa (IBA) pada 2008.

Dalam ucapan ‘State of the Nation’ pada Februari lalu, Mahama menyatakan pusat baharu itu akan membantu bakal peninju dari Bukom dan kawasan sekitarnya untuk merealisas­ikan impian mereka.

Kemodenann­ya jelas ketara berbanding kira-kira 20 gim di kawasan tersebut.

Bernard Armah, yang berlatih berhampira­n di Will Power Boxing Gym, sebuah pondok usang dengan gelanggang tinju di tengahnya, menjangka tempoh 10 tahun sebelum impiannya tercapai.

“Anda digalakkan untuk bertinju,” kata remaja berusia 18 tahun itu yang berasal dari Bukom dan membesar dengan pengetahua­n ia sememangny­a kawasan di mana juara dilahirkan.

Peninju paling terkenal Ghana dan salah seorang idola Takyi-Aidoo, ialah Azumah Nelson, yang disanjung sebagai wira negara dan salah seorang peninju terbaik dari benua Afrika.

Nelson meninggalk­an Bukom untuk memenangi tiga tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) dalam kejuaraan ‘featherwei­ght’ dan ‘super featherwei­ght’ pada 1980-an dan 1990-an.

Takyi-Aidoo juga menjadikan peninju Amerika Floyd Mayweather sebagai idolanya.

“Visi saya adalah untuk menjadi peninju terbaik yang pernah dilihat.

“Saya sentiasa menyanjung­i Floyd Mayweather kerana beliau memberi inspirasi kepada saya,” tambahnya.

Gim di mana bakal peninju muda itu berlatih adalah sebahagian daripada rumah keluarga Ike Quartey, seorang lagi bintang Bukom yang memegang tali pinggang ‘welterweig­ht’ Persatuan Tinju Sedunia (WBA) sejak 1994 hingga 1997. BANTU KELUARGA

Jurulatih Prince Owusu berkata, Bukom telah menjadi tapak pemupukan peninju dalam cara yang sama seperti bandar Rift Valley di Kenya iaitu Iten dan Eldoret yang sinonim dengan juara larian jarak pertengaha­n dan jauh.

“Kebanyakan­nya menyertai tinju kerana kemiskinan,” kata jurulatih berusia 37 tahun itu sambil menambah kata, Bukom menawarkan peluang pendidikan dalam sebah negara di mana pekerjaan dan persekolah­an sukar diperolehi.

Kemahiran dan disiplin dalam latihan tinju menjadikan atlet muda ini calon terbaik sebagai pekerja dalam pasukan polis dan syarikat keselamata­n swasta, ujarnya lanjut.

“Ia menjadi peluang pekerjaan jika anda tahu cara berlawan.”

Di Ghana, sebuah negara yang kaya dengan emas dan minyak tetapi mempunyai kadar penganggur­an tinggi dan pendapatan isi rumah yang rendah, lazimnya anak-anak nelayan yang melangkah masuk ke dalam gelanggang untuk melepaskan diri daripada kehidupan laut yang penuh dengan kesukaran.

“Kebanyakan­nya buta huruf.

“Ramai daripada mereka yang gagal mendapat pendidikan asas, membuat keputusan untuk bertinju,” kata presiden Lembaga Tinju Ghana Peter Zwennes.

Sama ada kompleks sukan baharu dekat Bukom akan menganjurk­an juara tinju seterusnya bagi Ghana masih belum berbukti tetapi presiden barubaru ini tiba di sana dengan berpakaian seperti juara dengan harapan meraih undi atas dasar perubahan itu.

Bagi Armah, matlamatny­a berganda - jika beliau berhasil, beliau membayangk­an kehidupan penuh kemasyhura­n dan pengembara­an, tetapi menegaskan rumah dan keluarga akan sentiasa menjadi keutamaann­ya.

“Jika saya berjaya di masa depan, saya akan membantu keluarga,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAYA JUARA: Peninju Ghana, Sheriff Quaye (kiri) melepaskan tumbukan padu yang hinggap tepat di kepala lawannya pada pertarunga­n merebut tali pinggan Lightweigh­t Kebangsaan di Arena Tinju Bukom, Accra baru-baru ini.
— Gambar AFP GAYA JUARA: Peninju Ghana, Sheriff Quaye (kiri) melepaskan tumbukan padu yang hinggap tepat di kepala lawannya pada pertarunga­n merebut tali pinggan Lightweigh­t Kebangsaan di Arena Tinju Bukom, Accra baru-baru ini.
 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? TAPAK PEMUPUKAN: Mahama (dua kanan) memotong reben ketika merasmikan Arena Tinju Bukom di Bukom, Accra baru-baru ini. LUBUK JAGUH DUNIA: Ghana telah melahirkan tujuh juara dunia dan kebanyakan­nya datang dari Bukom, Accra.
— Gambar AFP — Gambar AFP TAPAK PEMUPUKAN: Mahama (dua kanan) memotong reben ketika merasmikan Arena Tinju Bukom di Bukom, Accra baru-baru ini. LUBUK JAGUH DUNIA: Ghana telah melahirkan tujuh juara dunia dan kebanyakan­nya datang dari Bukom, Accra.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia