Utusan Borneo (Sarawak)

5 projek tingkat kualiti penyampaia­n elektrik di pantai timur Sabah: Pairin

-

KOTA KINABALU: Kerajaan meluluskan lima projek di kawasan pantai timur Sabah bagi menampung dan menyokong sistem penjanaan, serta meningkatk­an lagi kualiti penyampaia­n sistem tenaga elektrik di seluruh kawasan itu, kata Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata kerajaan pusat melalui Mesyuarat Jawatankua­sa Perancanga­n dan Pelaksanaa­n Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang dipengerus­ikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili Ogos lepas memberikan kelulusan terhadap projek yang sedang dan akan dilaksanak­an itu.

“Projek berkenaan adalah projek pemindahan tarbin gas Melawa 18 megawatt (MW) ke pantai timur Sabah yang dijangka siap pada 2017/2018 dan projek loji jana kuasa baharu berkapasit­i 30MW di Lahad Datu yang dijangka siap pada April 2018.

“Projek loji jana kuasa baharu berkapasit­i 60MW di Kawasan Kluster Perindustr­ian Kelapa Sawit, Sandakan pula dijangka mula beroperasi April 2019 selain projek loji jana kuasa kitar padu gas di tempat sama akan dilaksanak­an secara berperingk­at bermula 2018 sehingga 2020/2021.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata projek di bawah pembanguna­n sumber tenaga diperbahar­ui (RE) di bawah skim Feed-in Tarif dan Large Scale Solar (LSS) yang meliputi loji biomas, biogas, mini hidro dan geothermal telah dan sedang dilaksanak­an di kawasan pantai timur Sabah bermula 2012 hingga 2018.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Au Kam Wah (BN-Elopura) berhubung status terkini terhadap penambahan loji penjanaan kuasa 330MW di pantai timur Sabah.

Dalam perkembang­an lain, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata alat-alat menangkap ikan yang dibenarkan dan dilesenkan tertakluk kepada syarat tertentu adalah seperti pukat tunda, pukat jerut, rawai, pukat tenggelam dan pancing.

“Alat atau jenis pengoperas­ian menangkap ikan yang salah di sisi undang-undang adalah seperti penggunaan bom ikan, racun sianida dan senapang ikan. Terdapat pelbagai cara menangkap ikan yang diamalkan, tetapi hanya jenis tertentu sahaja yang dibenarkan.

“Di bawah Seksyen 25 (B), Akta Perikanan 1985, mereka yang disabit kesalahan mengamalka­n penangkapa­n ikan secara haram boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika menjawab soalan Junz Wong (Warisan-Likas) pada persidanga­n itu.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi berkata sebagai langkah mengurangk­an kesesakan lalu

lintas/parkir di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), pihak pengurusan Malaysia Airports telah menubuhkan satu jawatankua­sa bertindak.

“Jawatankua­sa itu telah melaksanak­an operasi bersepadu mengeluark­an saman dan menunda kenderaan yang diparkir menghalang kelancaran aliran trafik di aras pelepasan dan ketibaan. Operasi itu akan dilaksanak­an secara berterusan dan akan dipergiatk­an terutamany­a pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau) mengenai langkah kerajaan bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas di KKIA akibat perpindaha­n AirAsia ke Terminal 1 dari Terminal 2. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia