Utusan Borneo (Sarawak)

JHEAINS, MUIS perlu bekerjasam­a dengan polis

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) perlu bekerjasam­a dengan pihak polis untuk memantau agar tiada ada sebarang pembabitan madrasah atau sekolah agama dengan kegiatan militan Daesh.

Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong) berkata ancaman pengaruh militan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak boleh dipandang ringan kerana tindakan merekrut ahli dalam kalangan mereka sudah diamalkan sejak pascarevol­usi Iran.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap pelajar dalam dan luar negara yang didapati terbabit dengan sebarang kegiatan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

“Tindakan awal penting dalam usaha mengekang masalah itu daripada menular dalam kalangan pelajar di IPT,” katanya membahaska­n Bajet 2017.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Sabah perlu mengkaji semula sukatan pelajaran pendidikan agama di sekolah dan IPT awam serta swasta bagi memberikan kesedaran mengenai fahaman jihad sebenar.

Selain itu katanya, Skim Penempatan Pelarian di ten- gah-tengah kawasan industri minyak sawit tidak lagi sesuai dan boleh mendatangk­an ancaman keselamata­n terutamany­a ancaman kebakaran.

“Malah penceroboh­an juga berlaku apabila pelarian Filipina mendirikan rumah-rumah berdekatan jeti minyak sawit lembaga pelabuhan. Pada masa kini, usaha sedang diusahakan untuk merobohkan rumah- rumah berkenaan.

“Pada masa ini, masih terdapat lima Skim Penempatan Pelarian di Sabah yang diwartakan oleh kerajaan negeri iaitu di Kinarut, Telipok, Kg Bahagia Sandakan, Kg Hidayat Tawau dan Kg Selamat Semporna,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia