Utusan Borneo (Sarawak)

Curi rantai emas, lelaki kena lapan bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencuri seutas rantai emas, dikenakan penjara lapan bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Nazir Hasshim, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh mencuri rantai milik seorang lelaki, pada 28 Oktober tahun ini jam 10 pagi, di kawasan perumahan, Taman Wijaya Park, Manggatal, di sini.

Untuk itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh sepuluh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan, atas kesalahan mem- bantu memindahka­n harta curi.

Sakrin Samsul, 33, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Tertuduh memindahka­n sebuah televisyen yang disyaki sebagai harta curi, pada 10 September tahun ini jam 11 pagi, di sebuah rumah Kampung Kohizan, Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara sehingga tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Semua pendakwaan itu dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Azaman Hamat, dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintah­kan Mohd Nazir dan Sakrin menjalani hukuman masing-masing bermula dari tarikh ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia