Utusan Borneo (Sarawak)

Pewujudan PPKI bantu perkembang­an pendidikan anak-anak istimewa

-

SANDAKAN: Pewujudan Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) sangat bertepatan dalam membantu perkembang­an pendidikan anak-anak berkeperlu­an khas dan istimewa, kata Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Elopura Chan Tzun Hei.

“Malah, kerajaan juga amat menitik berat soal pendidikan anak- anak istimewa dengan menyediaka­n pendidikan berkaitan sekali gus membantu mereka berdikari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Graduasi PPKI SK Sg Anib III, di Borneo Cove Hotel, di sini, kelmarin. Chan mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Datuk Au Kam Wah, merasmikan acara itu.

Pada majlis itu, Chan turut menyampaik­an sijil graduasi kepada lima murid PPKI sekolah itu yang tamat Tahun 6 dan akan melanjutka­n pelajaran di sekolah menengah tahun depan.

Turut disampaika­n, anugerah cemerlang kepada muridmurid PPKI sekolah itu, ibu bapa, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu serta guru-guru dan kakitangan PPKI itu, yang banyak berjasa membantu PPKI sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, Chan berkata kerjasama ibu bapa dan guru juga penting dalam memastikan perkembang­an pendidikan anak- anak istimewa berkenaan.

Beliau juga menyaranka­n lebih banyak aktiviti atau usaha memperkena­lkan PPKI kepada masyarakat umum termasuk di luar bandar dan memberi informasi kepada ibu bapa dan orang ramai berkaitan kemudahan pendidikan PPKI itu.

Dalam perkembang­an sama, beliau menyaranka­n ibu bapa menyuaraka­n cadangan mahupun keperluan atau infrastruk­tur PPKI kepada pihak berkuasa tempatan atau Majlis Perbandara­n Sandakan untuk membantu insan istimewa sebagai tambahan kepada perkhidmat­an sedia ada.

Chan juga merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak dan warga pendidikan khas di negeri ini termasuk guru-guru di beberapa PPKI di daerah Sandakan yang terus komited mendidik anak-anak istimewa ini yang telah mampu berdikari.

Hadir sama, Pegawai Meja Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Samsudin Enting; Ali Rahman Arshad mewakili Pegawai PPD Sandakan Sh Mahada Sh Attar; Guru Besar SK Sg Anib III Azhar Sani Tamam; Yang Dipertua PIBG PPKI Sukri Lamallu; Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah; dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Shirley Liew Fui Mui.

Turut diadakan pada majlis itu ialah persembaha­n tarian, nyanyian, lakonan dan syair oleh murid-murid PPKI berkenaan.

 ??  ?? AGENDA RAKYAT: (Dari kiri) Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau), Limus Jury (BN-Kuala Penyu), Dr Hiew King Cheu (BN-Luyang) dan Datuk Shamsuddin Yahya (BN-Sekong).
AGENDA RAKYAT: (Dari kiri) Datuk Saddi Abdul Rahman (BN-Sukau), Limus Jury (BN-Kuala Penyu), Dr Hiew King Cheu (BN-Luyang) dan Datuk Shamsuddin Yahya (BN-Sekong).
 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Chan menyampaik­an hadiah kepada salah seorang murid PPKI, sambil diperhatik­an Shirley (kanan) dan Azhar (kiri).
SELAMAT MAJU JAYA: Chan menyampaik­an hadiah kepada salah seorang murid PPKI, sambil diperhatik­an Shirley (kanan) dan Azhar (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia