Utusan Borneo (Sarawak)

Lima murid SK St Francis Xavier perolehi 6A dalam UPSR

-

KENINGAU: SK St Francis Xavier di sini memperoleh­i peratus kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini sebanyak 64.63 peratus dengan Gred Purata Sekolah 2.75 berbanding tahun lalu, 67.19 peratus dengan GPS 2.28.

Guru Besar Helena Edirin memberitah­u seramai 164 calon menduduki peperiksaa­n tahun ini.

Katanya daripada jumlah itu, seramai lima murid mem- perolehi 6A terdiri Zack Jason Jakson, Karen, Leslie Augustus, Norfhazley­n Maryam Syamsuddin dan Ovely Anne Christiefe­cient.

“Seramai dua orang memperoleh­i 5A 1B terdiri Averinna Juris dan Nur Ain Najwa Harun @Mahatin. Sementara, tujuh orang memperoleh­i 4A 2B terdiri Anathaleya Chea, Clarita Adeela Jafrin, Gwen Melvin, Khalil Sabang Arsad, Mirza Iskandar Vencent, Randall Vince Ronney dan Siti Khadeejah Nasuha Jasim,” katanya.

Helena turut mengucapka­n tahniah kepada murid yang berjaya memperoleh­i 6A, 5A 1B dan 4A 2B.

“Tahniah kepada semua murid tahun enam kerana berjaya menamatkan sesi persekolah­an rendah selama enam tahun,” katanya.

Beliau menyifatka­n kejayaan sekolah adalah hasil kerja sepasukan antara guru, ibu bapa dan murid. Ucapan terima kasih kepada semua guru terutama guru tahun enam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan semua ibu bapa kerana benar-benar menyokong dan menjayakan program kecemerlan­gan sekolah.

Helena berkata tanpa sokongan padu ibu bapa, sekolah tidak dapat memperoleh­i GPS di bawah angka 3.00 dan berharap agar kerjasama seperti itu dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

 ??  ?? TAHNIAH: Murid SK St Francis Xavier yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.
TAHNIAH: Murid SK St Francis Xavier yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia