Utusan Borneo (Sarawak)

MARA longgar syarat kemasukan tingkatan satu ke MRSM: Ismail

Berikutan pencapaian semua ‘A’ dalam UPSR baru-baru ini agak kurang

-

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melonggark­an syarat minimum kemasukan tingkatan satu ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dengan mengutamak­an pelajar cemerlang miskin bandar dan luar bandar serta peribumi Sabah dan Sarawak bagi kemasukan tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggara­n itu melibatkan syarat minimum keputusan 3A 3B bagi calon Semenanjun­g Malaysia dan minimum 3A 2B dan 1C bagi calon Sabah dan Sarawak.

“Pengubahsu­aian syarat ini dibuat berikutan keputusan peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini yang kita tahu keputusan semua ‘ A’ agak kurang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Inovasi KKLW di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini semalam.

Syarat minimum kemasukan pelajar tingkatan satu ke MRSM sebelum ini ialah 5A bagi Semenajung Malaysia dan 4A bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata MARA juga akan membuka laluan khas kepada pelajar cemerlang daripada kategori mis- kin tegar serta anak yatim bagi memastikan golongan itu mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.

“Keutamaan yang diberikan ini kerana kita tahu waktu dan keadaan untuk belajar bagi golongan ini lebih sukar. Kalau mereka tinggal di MRSM dengan asrama dan suasana berbeza, makanan cukup akan beri motivasi mereka belajar lebih baik,” katanya.

Ismail Sabri berkata MARA telah menyediaka­n 7,000 tempat untuk kemasukan pelajar MRSM bagi 2017 yang mula dibuka kelmarin dan turut memerlukan calon menduduki Ujian Kecenderun­gan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) Tingkatan Satu.

Dalam pada itu, Ismail berkata pihaknya sedang mengkaji untuk menubuhkan MRSM swasta bagi memenuhi permintaan pelajar daripada keluarga yang berpendapa­tan tinggi untuk mendapat pendidikan di institusi itu.

“Kita masih mengkaji di peringkat kementeria­n berapa jumlah pelajar, dan sama ada sukatan pelajarann­ya akan seperti yang terdapat di sekolah antarabang­sa atau bagaimana,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KREATIF: Ismail (tengah) melihat alat yang digunakan untuk memungut sarang burung walet yang diberi nama ‘Bazar Collector’ pada Hari Inovasi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KREATIF: Ismail (tengah) melihat alat yang digunakan untuk memungut sarang burung walet yang diberi nama ‘Bazar Collector’ pada Hari Inovasi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia