Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pastikan semua kenderaan penumpang ada kunci tempat duduk kanak-kanak, kata Liow

-

SEREMBAN: Kerajaan akan memastikan semua kenderaan penumpang di Malaysia mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak, sebelum mewajibkan penggunaan kerusi keselamata­n itu, atau Sistem Sekatan Kanak-Kanak (CRS), menjelang 2019.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mulai tahun ini, kementeria­n mewajibkan semua pengeluar kereta di Malaysia dan kereta import supaya mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak di dalam kereta.

“Sebelum saya boleh mewajibkan (penggunaan) tempat duduk kanak- kanak, saya perlu pastikan semua kenderaan di Malaysia mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak, jadi ia dapat mengikat tempat duduk itu dan mengunciny­a di dalam kereta.

“Tetapi pada masa ini, ada beberapa kereta, terutamany­a model lama tidak mempunyai kunci tempat duduk kanak- kanak ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sijil kursus Tahap 1 dan 2 dalam Penyelengg­araan, Pembaikan dan Baik Pulih Enam Set Kereta di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi CKM Landas MRO Sdn Bhd Datuk Hamzah Md Rus dan Ketua Program Kerjasama Industri dan Penempatan CRRC Zhuzhou Locomotive Co. Ltd, Chen Wanming.

Liow berkata kerajaan memberi tempoh sehingga 2019 untuk memberi masa kepada pemilik kereta memasang kunci tempat duduk kanak- kanak pada kereta masing-masing.

“Saya tahu ada gesaan buat sesetengah ibu bapa dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya ia dimulakan lebih awal.

“Tetapi pada masa yang sama, saya menggesa pengeluar kunci tempat duduk kanak-kanak agar harganya lebih murah kerana kosnya sendiri adalah tinggi sekarang.

“Kami sedang berusaha ke arah itu untuk memudahkan orang ramai membeli kunci tempat duduk kanak-kanak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Liow (dua kanan) meninjau komuter yang sedang disenggara sempena Majlis Penyampaia­n Sijil SCS (Komuter) Level 1 & 2 di Depoh Penyenggar­aan EMU Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Liow (dua kanan) meninjau komuter yang sedang disenggara sempena Majlis Penyampaia­n Sijil SCS (Komuter) Level 1 & 2 di Depoh Penyenggar­aan EMU Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia