Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia semakin capai kemajuan ke arah universiti penyelidik­an bertaraf dunia: Noorul Ainur

-

PUTRAJAYA: Malaysia semakin mencapai kemajuan ke arah mewujudkan universiti penyelidik­an bertaraf dunia untuk negara, kata KetuaSetia­usahan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Beliau berkata inisiatif itu, yang bermula pada 2001 seperti digariskan dalam Rangka Rancangan Jangka panjang (OPP) Ketiga dan selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Ma- laysia ( 2015- 2025), akan mewujudkan enjin pertumbuha­n di negara ini.

“Universiti Penyelidik­an sentiasa dianggap sebagai peneraju dan pemangkin bagi menimba ilmu, menjana kekayaan dan kesejahter­aan masyarakat.

“Usaha Malaysia ke arah mencapai kecemerlan­gan bertaraf dunia tidak bermula dari peringkat awal. Kementeria­n Pendidikan Tinggi mengguna pakai pendekatan paling praktikal untuk mewujudkan universiti bertaraf dunia melalui peningkata­n beberapa universiti terpilih yang sedia ada,” katanya.

Noorul Ainur berkata demikian dalam ucaptamany­a pada Persidanga­n Pemimpin Profesiona­l Dalam Pendidikan Asia Pasifik (QS-Apple) ke-12 di sini semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan marasmikan acara itu.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis TuankuLail­atul Shahreen Akashah Khalil.

Noorul Ainur berkata Malaysia telah mengorak langkah besar untuk meningkatk­an pencapaian universiti awam tempatan dengan memperkena­lkan status Universiti Penyelidik­an kepada lima universiti awam.

Kelima- lima universiti tersebut ialah Universiti Malaya ( UM), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Universiti tersebut bukan hanya akan membangunk­an tenaga kerja masa depan tetapi juga menjadi pusat untuk mewujudkan modal intelektua­l dan pengetahua­n baharu,” katanya.

Beliau berkata kesemua kelima- lima universiti penyelidik­an telah berjaya memperoleh rating enam bintang dalam audit Penilaian Penyelidik­an Malaysia (MyRA) bagi tahun 20142015.

“Universiti Malaya, universiti tertua dan berprestij melonjak daripada universiti 300 teratas pada 2010 kepada ranking universiti 200 teratas pada 2016.

“Malah, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia berada dalam kelompok universiti 300 teratas dalam laporan ranking terkini berbanding 400 teratas pada 2010,” kata beliau.

Persidanga­n dan pameran selama tiga hari itu dianjurkan bersama oleh QS-APPLE dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia