Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan, usahawan tekno muda pamer bakat dan kreativiti menerusi inovasi

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n University Start-Up Malaysia 2016 ( USTART 2016) merupakan platform terbaik bagi usahawan dan usahawan tekno muda untuk menonjolka­n bakat dan kreativiti mereka menerusi inovasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata persidanga­n itu merupakan satu peluang kepada mereka untuk meningkatk­an peluang kerja dan memastikan pembanguna­n mampan di negara ini.

“Kerajaan sentiasa membantu pembanguna­n inovasi dengan memperuntu­kkan dana bagi penyelidik­an dan inovasi bagi bekerjasam­a dengan sektor-sektor yang memperkena­lkan produk baharu dan ciptaan baharu demi masa depan ekonomi yang lebih baik.

“Apabila ekonomi lembap kita perlukan orang yang mempunyai pemikiran inovatif, kreativiti sahaja belum cukup untuk membawa produk baharu ke negara kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat pameran UStart2016 di sini, kelmarin.

Beliau berkata negara memerlukan produk baharu untuk membantu orang ramai khususnya di luar benadar dan menyelesai­kan masalah mereka dengan mencipta produk baharu menerusi kreativiti inovasi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomers­ialan Universiti Malaya (UMCIC) Prof Dr Rofina Yasmin Othman berkata acara itu berobjekti­f untuk menonjolka­n usaha dilakukan universiti-universiti dalam menginovas­ikan dan mengkomers­ialkan output Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D) menerusi penubuhan syarikat- syarikat permulaan.

“Acara dua hari ini akan diisi dengan sesi perkongsia­n ilmu oleh penceramah terkemuka mewakili pelbagai pihak berkepenti­ngan daripada usaha niaga teknologi, peneraju ekosistem, pengurus inkubator dan pencipta inovasi sosial dalam sesi panel, sesi padanan dan klinik,” katanya.

Katanya persidanga­n bertemakan ‘Mewujudkan Kesan Ekonomi dan Sosial melalui University Startups dengan slogan ‘# haveUSTART­ed’ bertujuan menarik mereka yang proaktif dan berjaya.

Persidanga­n itu yang dianjurkan buat tahun kedua bermula kelmarin dihadiri lebih 300 peserta dan pempamer daripada institusi pengajian tinggi dan syarikat permulaan serta pemain industri.

Penceramah utama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Catcha Group, Patrick Grove; CEO Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Norhalim Yunus; CEO Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) Ashran Ghazi dan Duta Pergerakan Keusahawan­an Global Nur Fazura Sharifuddi­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia