Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan akan diambil ke atas salah laku dalam COSS: Mah

-

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil ke atas sebarang perkara luar aturan atau salah laku yang berlaku dalam Skim Penstabila­n Minyak Masak (COSS), kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Mah dalam satu kenyataan kelmarin berkata kementeria­n itu mengambil serius mengenai penemuan berkaitan COSS yang merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 yang dikeluarka­n Isnin lalu.

“Kuota minyak masak telah dibekukan sejak 8 Jun 2016. Sejak itu tiada kuota dikeluarka­n sehingga kini.

Sepanjang lima bulan saya di kementeria­n, saya selalu memastikan kementeria­n memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Audit Negara sepanjang proses pengaudita­n. Kemente- rian ini komited untuk mendukung ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik,” katanya.

Beliau juga berkata kementeria­n ini akan terus memberikan kerjasama kepada Jawatankua­sa KiraKira Wang Negara (PAC) dan pihak berkuasa berkaitan di dalam isu ini.

Sejak pelantikan beliau Julai lepas, Mah berkata langkah telah diambil untuk meningkatk­an bukan sahaja pengurusan kementeria­n tetapi juga keberkesan­an penyampaia­n polisi.

Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 yang dikeluarka­n kelmarin mendapati kerajaan terpaksa membayar subsidi tambahan sebanyak RM2.92 juta ekoran kelemahan dalam pengurusan COSS.

Jumlah subsidi yang dibayar dari 2013 sehingga April 2016 ialah RM2.388 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia