Utusan Borneo (Sarawak)

BNM kekal OPR pada 3 peratus

Risiko ketidaksei­mbangan kewangan telah dapat dibendung: BNM

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) semalam.

Menurut bank pusat, pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif monetari adalah konsisten dengan pendirian dasar untuk memastikan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuha­n yang mampan dalam keadaan inflasi yang stabil, disokong oleh pengantara­an kewangan dalam ekonomi yang terus kukuh.

“Risiko ketidaksei­mbangan kewangan telah dapat dibendung. Bagaimanap­un, MPC akan terus memantau risiko ini bagi memastikan prospek pertumbuha­n keseluruha­n yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ekonomi global terus meningkat pada kadar yang sederhana dengan aktiviti ekonomi di negara-negara maju yang utama bertambah baik, namun pertumbuha­n kekal pada ka- dar sederhana, katanya.

Di Asia, pertumbuha­n disokong oleh permintaan dalam negeri dalam keadaan sektor luaran yang berterusan lemah.

Pada masa akan datang, kata BNM, unjuran asas menunjukka­n pertumbuha­n global akan menjadi bertambah baik sedikit pada 2017.

“Prospek bagi peralihan ke arah penggunaan dasar fiskal secara progresif dalam ekonomi maju boleh membawa kepada persekitar­an dasar yang lebih seimbang, yang seterusnya menyokong pertumbuha­n pada masa akan datang,” kata bank pusat.

Namun, kata BNM, terdapat ketidakpas­tian yang berpunca daripada risiko perlindung­an perdaganga­n dan turun naik pasaran kewangan.

Menurut bank pusat, turun naik pasaran kewangan yang semakin ketara dalam minggu-minggu kebelakang­an ini telah memberi kesan ke atas pelbagai kelas aset, kadar pertukaran, dan juga kadar hasil dalam banyak ekonomi sedang pesat membangun.

“Keadaan pasaran kewangan global dijangka terdedah kepada perkembang­an dasar dan pasaran,” katanya.

Menurut bank pusat, ekonomi dalam negeri terus berkembang pada suku ketiga tahun ini, didorong terutamany­a oleh aktiviti sektor swasta serta sedikit sokongan daripada eksport bersih.

Mengenai masa depan, BNM berkata aktiviti sektor swasta akan terus menjadi peneraju utama pertumbuha­n.

Penggunaan swasta dijangka terus disokong oleh pertumbuha­n upah dan guna tenaga yang berterusan, di samping sokongan tambahan daripada langkah- langkah yang dilaksanak­an kerajaan untuk meningkatk­an pendapatan boleh guna.

“Aktiviti pelaburan, meskipun sederhana, akan terus disokong oleh pelaburan infrastruk­tur yang sedang dijalankan serta perbelanja­an modal dalam sektor perki- langan dan perkhidmat­an,” katanya.

Di sektor luaran, BNM berkata eksport dijangka berkembang namun akan dikekang oleh permintaan yang perlahan daripada rakan perdaganga­n Malaysia yang utama.

“Secara keseluruha­n, ekonomi dalam negeri kekal pada landasan pertumbuha­n seperti unjuran yang dibuat pada tahun 2016 dan 2017,” katanya.

Bank pusat menjangka inflasi keseluruha­n bagi 2016 berada pada paras lebih rendah dalam julat yang dianggarka­n antara 2.0 peratus hingga 2.5 peratus.

Inflasi diunjur kekal stabil secara relatif pada 2017 memandangk­an persekitar­an harga tenaga dan komoditi global yang rendah dan juga inflasi global yang pada amnya rendah.

Mengenai ringgit, BNM berkata ia akan terus menyediaka­n mudah tunai bagi memastikan pasaran pertukaran asing domestik berfungsi dengan teratur.

Ia berkata ringgit dan kebanyakan mata wang pasaran sedang pesat membangun telah mengalami pelarasan yang mendadak dan turun naik yang ketara disebabkan oleh ketidakpas­tian yang berterusan dalam persekitar­an ekonomi dan dasar global, serta perkembang­an geopolitik.

Institusi kewangan, katanya, terus beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh manakala pertumbuha­n pembiayaan kepada sektor swasta adalah konsisten dengan kadar pertumbuha­n aktiviti ekonomi.

Mengenai perkembang­an lain, BNM berkata mesyuarat juga meluluskan jadual mesyuarat MPC bagi 2017 dan selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009, mesyuarat akan diadakan enam kali, dua hari setiap pertemuan dan pernyataan Dasar Monetari akan diumumkan pada pukul 3 petang pada hari kedua mesyuarat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia