Utusan Borneo (Sarawak)

RHB terus laksana inisiatif di bawah strategi dirangka semula: Khairussal­eh

-

KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd akan terus melaksanak­an pelbagai inisiatif di bawah strategi yang dirangka semula untuk kekal mencatat keuntungan di sebalik persekitar­an global yang mencabar.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Khairussal­eh Ramli berkata kumpulan mencatatka­n keputusan yang positif setakat ini dan akan terus berhati-hati dengan menumpukan kepada kualiti aset.

“Selain itu, kami akan terus meningkatk­an kecekapan operasi kami dan mengekalka­n tahap kecairan dan modal yang tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Khairussal­eh berkata kumpulan juga akan memberi tumpuan kepada pendigital­an perniagaan terasnya, selain meningkatk­an pengalaman pelanggan sebagai sebahagian daripada strateginy­a untuk mencapai matlamat jangka panjang.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, RHB Bank mengumumka­n keuntungan sebelum cukainya meningkat kepada RM662.62 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2016 berbanding RM329.15 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan naik kepada RM2.70 bilion berbanding RM2.66 bilion sebelum ini.

Khairussal­eh berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2016 dijangka berkembang antara empat dan lima peratus, dipacu terutamany­a oleh perbelanja­an pengguna.

“Pertumbuha­n sektor perbankan Malaysia akan kekal sederhana dan pertumbuha­n pinjaman korporat dijangka rendah dan akan terdapat penggabung­an dalam segmen pinjaman isi rumah,” katanya.

Khairussal­eh juga berkata pasaran modal dan kewangan dijangka rendah, dan peningkata­n tekanan ke atas kecairan dan kualiti aset turut memberi kesan kepada prestasi sektor perbankan.

Dalam kenyataan berasingan, RHB melantik Syed Ahmad Taufik Albar sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang baharu berkuat kuasa 1 Dis, 2016.

Taufik akan menggantik­an Yap Choi Foong, yang meninggalk­an kumpulan itu untuk menceburi bidang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia