Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan sebelum cukai IGB Corp lonjak 149% kepada RM252.64 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IGB Corporatio­n Bhd melonjak 149 peratus kepada RM252.64 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept 2016 daripada RM101.36 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu berkata peningkata­n itu sebahagian besarnya berpunca daripada sumbangan pembanguna­n hartanah, pelaburan hartanah kedai dan bahagian Hotel.

Di samping itu, ia berkata keuntungan sebelum cukai bagi suku semasa termasuk keuntungan sekali sebanyak RM136.20 juta daripada pen- jualan hartanah, kilang dan peralatan oleh anak syarikat.

Perolehan meningkat 18 peratus kepada RM324.71 juta berbanding RM274.49 juta pada tempoh yang sama tahun 2015, juga disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada pembanguna­n hartanah, pelaburan hartanahKe­dai dan bahagian hotel.

Pada tahun ini, kumpulan itu telah menjual tiga buah hotel.

Cititel Express Kuala Lumpur telah dijual pada Mei 2016 sebanyak RM37.0 juta, dan pada Julai 2016, kumpulan melepaskan pegangan 65 peratus dalam Micasa Hotel, Yangon pada AS$46,0 juta. (AS$1 = RM4.42).

Sementara itu, pada Ogos 2016, anak syarikat milik penuh kumpulan, Great Union Properties Sdn Bhd, memeterai perjanjian pembelian jual beli bersyarat untuk pelupusan Renaissanc­e Kuala Lumpur Hotel, sebanyak RM765.0 juta.

Perjanjian jual beli menjadi tidak bersyarat pada 31 Okt 2016 dan pelupusan itu dijangka selesai pada separuh pertama 2017.

“Termasuk keuntungan sebelum cukai sebanyak RM136.2 juta hasil daripada penjualan MiCasa Yangon, lembaga pengarah yakin bahawa terdapat peningkata­n dalam keputusan kumpulan bagi tahun kewangan 2016 berbanding tahun kewangan 2015,” kata IGB.

Saham syarikat itu kembali didagangka­n pada RM2.48, naik satu sen,

pada jam 10 pagi selepas dihentikan selama sejam, dan pada 10.30 pagi, naik dua sen kepada RM2.49 dengan 218,000 saham bertukar tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia