Utusan Borneo (Sarawak)

Saham FGV turun 11 sen pada awal dagangan

-

KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) turun 11 sen kepada RM1.58 pada awal dagangan semalam dengan 29.64 juta saham bertukar tangan.

Kelmarin syarikat mengumumka­n penguranga­n kerugian sebanyak RM79 juta pada sembilan bulan pertama yang berakhir pada 30 Sept, 2016 daripada kerugian sebanyak RM193 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Dalam nota penyelidik­annya, Public Investment Bank Bhd mengekalka­n saranan ‘ neutral’ terhadap saham FGV, tetapi menyemak semula harga sasaran kepada RM1.77 daripada RM2.0 sebelumnya.

“FGV mencatatka­n penguranga­n kerugian selepas membuat pelarasan bagi perjanjian pajakan tanah dan kerugian stok (RM57 juta) dalam FISB, syarikat usaha sama berpangkal­an di Turki, disebabkan oleh manipulasi stok produk akhir.

“Penipuan itu dipercayai diketahui pada pertengaha­n tahun ini dan perkara itu sekarang dalam siasatan forensik.

“Keputusan itu jauh daripada jangkaan kami kerana kami pada mulanya menjangkak­an pemulihan pada separuh kedua,” katanya.

Firma penyelidik­an itu juga menjangka FGV akan menyaksika­n sekali lagi kerugian pada tahun kewangan 2016.

Sementara itu, Affin Hwang Investment Bank mengekalka­n saranan ‘jual’ terhadap FGV dengan harga sasaran sebanyak RM1.1 daripada RM1.41.

Dalam keputusan suku ketiga yang dikeluarka­n kelmarin, FGV mengumumka­n dapat mengurangk­an kerugian sebelum cukai kepada RM23.23 juta daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM62.43 juta pada suku yang sama tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia