Utusan Borneo (Sarawak)

Jotun labur RM15 juta bina kilang penyaduran serbuk baharu

-

KUALA LUMPUR: Jotun Paints (Malaysia) Sdn Bhd telah melabur RM15 juta untuk membina kilang penyaduran serbuk di Nilai, Negeri Sembilan, yang dijangka siap menjelang akhir suku pertama 2017.

“Kami membina kilang penyaduran serbuk lapisan baharu, yang mempunyai teknologi canggih untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, dan kami akan menutup cawangan yang sedia ada di Shah Alam, Selangor.

“Jotun berhasrat untuk berkembang dalam perniagaan hiasan kerana menyasar untuk mencatatka­n pertumbuha­n dua angka, lebih 10 peratus setiap tahun yang akan membawa kami ke hadapan,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, Eric Mallace kepada pemberita pada majlis pelancaran Jotun Majestic Design dan Jotun Global Colour Trend 2017, di sini kelmarin.

Mallace berkata strategi syarikat untuk masa hadapan ialah untuk memperheba­tkan segmen hiasan dan memberi tumpuan kepada segmen utama.

“Visi kami adalah untuk melengkapk­an kemudahan di Shah Alam, menaik taraf pusat penyelidik­an dan pembanguna­n serta menyatukan semua jenis fungsi pentadbira­n di sana dan juga menjadikan Nilai sebagai tapak khusus kami untuk pembuatan,” katanya.

Pada masa ini, Jotun mempunyai tiga kilang di Malaysia, sebuah kilang penyaduran serbuk dan kilang penyaduran hiasan di Shah Alam dan kilang penyaduran untuk perlindung­an dan segmen marin di Nilai.

Mallace kata empat segmen utama Jotun adalah produk hiasan, lapisan perlindung­an, lapisan marin dan penyaduran serbuk. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia