Utusan Borneo (Sarawak)

Bumi Armada catat kerugian sebelum cukai sebanyak RM83.02 juta dalam 3Q16

-

KUALA LUMPUR: Bumi Armada Bhd mencatatka­n kerugian sebelum cukai sebanyak RM83.02 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2016 ( 3Q16) berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM101.74 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan merosot 32.5 peratus kepada RM377.51 juta dalam suku berkenaan daripada RM559.46 juta sebelumnya.

Dalam satu kenyataan, Bumi Armada berkata perolehan yang lebih rendah itu disebabkan oleh penurunan 68.2 peratus dalam pengeluara­n, penyimpana­n dan pemindahan apungan (FPSO) dan hasil penyelesai­an gas apungan (FGS) setelah selesainya aktiviti penukaran dalam projek Kraken FPSO dan Eni 1506.

Ia juga berikutan penguranga­n sumbangan daripada Armada Claire, Armada Perdana dan Armada Perkasa, kata penyedia perkhidmat­an lapangan minyak itu.

Bagaimanap­un, hasil perkhidmat­an marin luar pesisir meningkat 34.6 peratus berbanding tahun ke tahun pada suku ketiga 2016 berikutan kerja-kerja pembinaan di dasar laut yang berkaitan dengan projek Lukoil di Laut Capian.

Jumlah kontrak dalam tangan kumpulan pada akhir September sebanyak RM37.0 bilion, yang terdiri daripada RM24.1 bilion kontrak dan RM12.9 bilion lanjutan pilihan.

Mengenai masa hadapan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Leon Harland berkata projek di bawah segmen FPSO dan FGS kini bergerak ke arah operasi lokasi, yang akan menjana aliran tunai kukuh untuk Bumi Armada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia