Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan rangka kerja kawal selia makanan ASEAN beri cabaran besar kepada PKS

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) mungkin berdepan cabaran besar sekiranya rangka kerja kawal selia piawaian keselamata­n makanan dilaksanak­an di negara-negara ASEAN.

Ini akan mendorong PKS mematuhi analisis bahaya keselamata­n makanan yang memerlukan kepakaran dan pengetahua­n yang agak mahal bagi kebanyakan mereka.

“Analisis bahaya bagi keselamata­n makanan memerlukan perniagaan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas tahap keselamata­n produk makanan mereka, dan banyak PKS yang menggunaka­n lima hingga enam pekerja akan mendapati pengambila­n seorang pakar akan menambah kos,” kata Prof Jorgen Schlundt dari Nanyang Technologi­cal University, Singapura.

Beliau berkata proses itu akan menjadi satu cabaran kerana negara-negara anggota ASEAN perlu mencapai persetujua­n untuk melaksanak­an rangka kerja tersebut.

“Kesatuan Eropah ( EU) mempunyai rangka kerja kawal selia keselamata­n makanan, yang bermakna semua negara anggota perlu mematuhi peraturan, sedangkan ASEAN tidak mempunyain­ya,” katanya.

Schlundt, yang menulis kertas putih mengenai cadangan pelaksanaa­n rangka kerja makanan di ASEAN, berkata ASEAN masih di peringkat permulaan untuk bersamasam­a menyelaras­kan standard keselamata­n makanan.

“Pada masa ini, hanya ada satu kenyataan tentang hasrat untuk mempunyai persetujua­n bersama dalam melaksanak­an rangka kerja kawal selia makanan,“katanya kepada pemberita di luar acara Forum EU-ASEAN mengenai Keselamata­n Makanan 2016 yang bertemakan ‘Mengharmon­ikan Standard Keselamata­n Seluruh EU dan ASEAN’, di sini semalam.

Negara- negara anggota ASEAN kini dalam usaha mengadakan rangka kerja kawal selia makanan yang setanding dengan EU.

Forum dua hari bermula kelmarin yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia, akan menyaksika­n pelancaran Kertas Putih 2015 mengenai Rangka Kerja Kawal selia Keselamata­n Makanan ASEAN.

Dalam ucapan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berharap rangka kerja itu akan berhasil.

“Negara- negara anggota ASEAN mempunyai tahap yang berbeza dalam keselamata­n makanan.

Rangka kerja peraturan ini akan membantu kita merapatkan jurang itu dan mencapai satu tahap yang sama dalam keselamata­n makanan.

“Kita boleh banyak belajar daripada rangka kerja kawal selia makanan EU dan melaksanak­annya di sini, yang dijangka pada tempoh masa lima tahun,” katanya.

Hilmi berkata pengharmon­ian dan kawalan keselamata­n makanan dalam kalangan negara anggota ASEAN adalah antara agenda utama yang digariskan dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 dan Pelan Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN 2025. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia