Utusan Borneo (Sarawak)

Cathay Pacific terima Ringgit Malaysia

Media sosial sebarkan mata wang tempatan tidak diterima pengurup wang asing

-

KUALA LUMPUR: Cathay Pacific semalam mengumumka­n penumpangn­ya boleh menggunaka­n Ringgit Malaysia bagi membuat bayaran pembelian dalam penerbanga­n.

“Penumpang yang berhasrat membeli item jualan dalam penerbanga­n sentiasa boleh membayar melalui kad kredit mereka atau dalam bentuk tunai Ringgit Malaysia,” kata jurucakap Cathay Pacific kepada Bernama.

Jurucakap itu berkata demikian bagi menjelaska­n apa yang tersebar di media sosial bahawa syarikat penerbanga­n tersebut telah mengeluark­an notis ke- pada anak kapalnya untuk tidak menerima ringgit bagi transaksi dalam penerbanga­n.

Menurut syarikat penerbanga­n nasional Hong Kong itu, sebelum ini pada 11 Nov, vendor pertukaran mata wang memaklumka­nnya bahawa ringgit dalam bentuk tunai tidak akan diterima untuk pertukaran.

“(Selepas itu) Pada 14 Nov, kami menerima pemberitah­uan baharu bahawa Ringgit Malaysia dalam bentuk tunai akan diterima, berkuat kuasa serta-merta.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami,” menurut syarikat penerbanga­n itu.

Media sosial juga menyebarka­n bahawa mata wang tempatan tidak diterima oleh pengurup wang asing.

Bagaimanap­un, tinjauan Bernama mendapati ringgit Malaysia masih diterima secara meluas oleh pengurup wang di pasaran luar negara, sekali gus bercanggah dengan apa yang tersebar di media sosial.

Di Singapura, Thailand dan Indonesia, pengurup wang di negara-negara jiran itu aktif mendagangk­an ringgit malah terdapat pengurup wang yang mengalami kekurangan bekalan mata wang itu susulan permintaan tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia