Utusan Borneo (Sarawak)

MTDC rancang wujudkan akademi bagi mentor program Symbiosis

-

KUALA LUMPUR: Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (MTDC) merancang untuk mewujudkan akademi bagi usahawan, ahli akademi dan pakar multinasio­nal yang menjadi mentor di bawah programnya, Symbiosis 3.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Norhalim Yunus berkata akademi tersebut, yang bakal dilancarka­n pada bulan hadapan, akan mempunyai tiga komponen bagi membangunk­an usahawan teknologi (usahawan tekno).

“Akademi tersebut bertujuan untuk membantu mereka yang menyertai program Symbiosis 3.0 menjadi usa- hawan tekno selain mendapat bantuan daripada syarikat MTDC.

“Kami akan membantu mereka mendapatka­n lebih banyak dana, jika perlu, daripada jumlah yang diperuntuk­kan untuk mereka kerana kami mempunyai memorandum persefaham­an dengan beberapa institusi kewangan dan bank komersial.

“Kami juga akan membantu mereka dalam penilaian dan pembanguna­n teknologi, dan menceburi pasaran tempatan dan antarabang­sa apabila mereka telah bersedia,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Pemilihan Peserta Program Symbiosis 3.0 di sini kelmarin.

Norhalim berkata melalui kerjasama dengan syarikatsy­arikat MTDC, usahawan akan dapat mengguna kemudahan dan pautan rangkaian dalam ekosistem perniagaan mereka, seterusnya meminimumk­an risiko menjalanka­n perniagaan.

Dalam ucapan beliau, Norhalim berkata program Symbiosis 3.0 MTDC, yang pendaftara­nnya dibuka pada awal bulan lepas, menerima lebih daripada 900 permohonan daripada graduan Bumiputera politeknik dan universiti awam, jumlah yang terbanyak setakat ini.

“Sambutan yang memberangs­angkan daripada para graduan menunjukka­n sejauh mana peranan MTDC memberi platform kepada usahawan yang beraspiras­i bagi memupuk aspirasi mereka dan menjadi usahawan tekno yang berjaya.

“Namun, kami akan mengendali­kan satu proses penyaringa­n bagi memilih 30 peserta terbaik kerana kami memerlukan usahawan yang memiliki misi dan wawasan yang jelas.

“Mereka juga perlu mengetahui cara untuk menyesuaik­an diri dengan teknologi tersebut, mengguna dan membangunk­an teknologi mereka sendiri pada masa hadapan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia