Utusan Borneo (Sarawak)

TPPA tidak akan dimansuhka­n sepenuhnya: Pengurus aset

-

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsia­n TransPasif­ik (TPPA) tidak akan dimansuhka­n sepenuhnya, kata pengurus aset terbesar dunia, BlackRock.

Pengarah Urusan, Ketua Strategi Platform Pelbagai Aset Asia Pasifiknya Steven Moeller berkata terdapat kemungkina­n akan ada perjanjian perdaganga­n bebas lain yang sama dengan TPPA yang akan memihak kepada Amerika Syarikat (AS).

“Saya rasa masih ada kemungkina­n. Ia barangkali bukan seperti TPPA tetapi mungkin dalam satu bentuk rundingan lain yang boleh berlaku. Jadi ia tidak semestinya dimansuhka­n sepenuhnya,” kata Moeller selepas taklimat media mengenai ‘A Look at Investment Markets Ahead’ di sini, kelmarin.

Moeller berkata demikian sebagai mengulas mesej video presiden AS yang baharu dilantik Donald Trump yang menyatakan hasrat apa yang beliau mahu lakukan apabila mengambil alih pentadbira­n pada Januari 2017.

Trump berkata AS akan menarik diri daripada TPPA pada hari pertama beliau di White House. Perjanjian perdaganga­n itu yang dimeterai oleh 12 negara, mencakupi 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Moeller berpendapa­t adalah lebih baik sekiranya ada jalan untuk terus menghidupk­an TPPA dan merundingk­an perjanjian perdaganga­n bebas.

“Saya rasa Asia, terutamany­a Malaysia, akan mendapat manfaat daripada perdaganga­n lebih bebas dengan penerusan TPPA dan penglibata­n AS. Apa-apa batasan bagi perdaganga­n bebas akan menjejaska­n pasaran sedang pesat membangun,” ka- tanya.

Mengenai perkembang­an lain, katanya, beliau amat optimistik dengan Asia memandangk­an petanda positif pemulihan semula dan kemajuan berterusan dalam pembaharua­n semula.

“Dengan kesan dasar monetari mereda, kami melihat kepada dasar fiskal untuk menyediaka­n dorongan pertumbuha­n,” katanya.

Moeller berkata eksport semakin meraih momentum dan pembaharua­n yang meningkatk­an pertumbuha­n struktur sedang dilaksanak­an di Asia. Beliau berkata prospek pengembang­an fiskal AS, peningkata­n inflasi dan kenaikan kadar faedah Sistem Rizab Persekutua­n meningkatk­an unjuran bagi sektor komoditi dan kemungkina­n meletakkan tekanan kepada dolar AS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia