Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wanita Qatar dirompak di Paris

-

PARIS: Dua wanita warga Qatar ditahan di sebatang lebuh raya di Paris dan barangan berharga bernilai lebih lima juta euro (RM24.5 juta) milik mereka dilarikan dalam kes rompakan terbaharu menyasari pelawat kaya ke ibu kota Perancis itu.

Ke d u a - d u a wa n i t a berusia 60- an itu baharu meninggalk­an lapangan terbang Le Bourget di timur laut Paris Isnin lepas apabila kereta Bentley mereka yang dipandu pemandu khas, ditahan dua lelaki bertopeng yang menyembur mereka dengan gas pemedih mata, kata sumber polis kelmarin.

Perompak mencuri semua harta benda dalam kenderaan, barangan kemas, pakaian, bagasi, kata sumber itu.

Bulan lepas, bintang TV realiti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian diikat dan dirompak dengan pistol sebelum melarikan barangan kemas bernilai AS$10 juta ( RM42 juta) di sebuah apartmen mewah di tengah Paris.

Polis berkata perompak mengacukan pistol ke kepala Kardashian, mengikat dan menutup mulutnya sebelum mengurungn­ya dalam bilik mandi dalam rompakan barangan kemas terbesar ke atas seorang individu di Perancis dalam tempoh lebih 20 tahun.

Dalam satu lagi insiden, aktres Bollywood Mallika Sherawat, 40, ditumbuk di mukanya dan disembur dengan gas pemedih mata oleh tiga lelaki bertopeng di sebuah kawasan mewah di Paris bulan ini.

Bintang itu dan pasanganny­a diserang ketika pulang ke bangunan pangsapuri dalam daerah ke-16 yang moden oleh tiga lelaki bertopeng yang cuba mencuri beg tangannya.

Bulan lepas, teksi membawa ketua eksekutif rangkaian perabot Perancis dan penumpang lain dirompak selepas meninggalk­an Le Bourget, yang sering digunakan jet persendiri­an.

Tiga perompak terbabit melarikan barangan berharga bernilai 100,000 euro (RM490,000).

Seorang pengumpul hasil seni dari Taiwan menjadi sasaran rompakan yang sama tahun lepas apabila tiga penyerang mencuri barangan kemas Chanel bernilai empat juta euro (RM19.6 juta) dari keretanya dalam terowong Landy. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia