Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pengawal dibunuh di Nigeria

-

WARRI: Lelaki bersenjata membunuh tujuh pengawal di sebuah kemudahan yang diusahakan oleh subsidiari kumpulan Itali, Eni, di Nigeria, kata pegawai tempatan dan keselamata­n semalam.

Empat anggota Kor Pertahanan Awam dan Keselamata­n Nigeria ( NSCDC), sebuah agensi separa tentera dalam kerajaan, terbunuh Isnin lepas di kemudahan di Omoku, dekat hab minyak Port Harcourt, kata mereka.

Mereka ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang memakai seragam tentera, kata mereka.

“Ejen keselamata­n bersemuka dengan lelaki bersenjata terbabit dalam satu pertempura­n yang ganas selepas menyedari penceroboh bukan anggota tentera,” kata jurucakap NSCDC negeri Michael Oguntuase kepada AFP.

Seorang ketua masyarakat di Omoku, yang enggan dikenali, mengesahka­n insiden itu.

“Dengan memakai seragam samaran, mereka datang dengan menaiki sebuah bot laju kira-kira jam 6.40 petang Isnin lepas, berbalas tembakan dengan ejen terbabit, yang menyebabka­n kematian empat anggota,” katanya.

Dia berkata beberapa kakitangan NSCDC yang tidak dinyatakan jumlahnya mengalami kecederaan.

Pegawai di Agip, subsidiari tempatan Eni, tidak dapat dihubungi segera bagi mendapatka­n kenyataan. Belum ada pihak yang mengaku bertanggun­gjawab.

Sejak awal tahun ini, beberapa kumpulan militan, termasuk Penebus Dendam Lembah Niger ( NDA), telah mengebom saluran paip dan kemudahan yang diusahakan oleh syarikat minyak, termasuk Shell, Chevron, Exxon, Eni dan NNPC yang dikendalik­an oleh kerajaan di selatan negara yang mengeluark­an minyak namun bergolak.

Serangan itu sudah mengurangk­an keluaran minyak Nigeria, dan menjejaska­n hasil pendapatan kerajaan pada waktu harga global yang rendah.

Ni g e r i a se k a r a n g menghadapi kesukaran untuk keluar daripada kemeleseta­n sejak Ogos lalu.

Se r a n g a n ke at a s infrastruk­tur minyak berterusan di sebalik usaha damai kerajaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia