Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak di Aleppo tidak terkecuali disasari

-

BEIRUT: Kumpulan Save the Children menyelar ‘kezaliman moral’ ekoran peningkata­n kematian dan penderitaa­n kanak-kanak di kota medan perang Aleppo di Syria, dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam.

Badan kebajikan itu berkata ahli medik di barat laut Syria sedang berusaha untuk melindungi hospital selepas siri serangan di timur Aleppo yang dikuasai pemberonta­k menimbulka­n masalah bagi kemudahan untuk menjaga kanak-kanak yang cedera.

Tentera rejim telah melancarka­n serangan yang ganas ke atas timur Aleppo sejak 15 November lalu, dan Observator­i Hak Asasi Manusia Syria berkata lebih 140 orang awam sudah terkorban, 19 daripadany­a kanak-kanak.

Pertempura­n baharu berlaku ketika masyarakat antarabang­sa bimbang mengenai nasib lebih 250,000 orang awam yang terperangk­ap di kawasan yang dikuasai pemberonta­k tetapi dikepung oleh tentera di kota utara itu.

Kumpulan ‘ Save the Children’ turut mengecam satu serangan pemberonta­k ke atas barat Aleppo yang mengorbank­an sekurangku­rangnya lapan kanakkanak Ahad lepas.

Menurutnya, di antara mereka yang terbunuh pada hujung minggu lepas adalah seorang pekerja pendidikan di sebuah sekolah yang dibantunya di timur Aleppo dalam keadaan tertimbus di bawah runtuhan bersama bayi lelakinya.

Kelas di 13 sekolah sedemikian di timur Aleppo sudah digantung selepas pembedilan dipertingk­atkan sejak beberapa hari yang lalu, kata ‘Save the Children’.

Menurutnya, serangan pemberonta­k yang berdarah ke atas sekolah berkenaan di barat kota menunjukka­n “tidak ada tempat yang selamat bagi kanak- kanak dalam konflik ini”.

“Kanak-kanak dan pekerja bantuan dibom dengan misil ketika mereka yang duduk di meja mereka di sekolah dan menerima rawatan di hospital yang turut diserang,” kata Sonia Khush selaku pengarah Syria bagi ‘Save the Children’.

“Tempat di mana mereka harus rasa paling selamat sudah menjadi berdarah,” katanya.

“Ia adalah satu kezaliman moral bahawa bilangan kematian kanak- kanak di Aleppo terus meningkat dan seakan-akan hanya dijangka akan bertambah buruk, manakala tiada tindakan yang diambil untuk menamatkan serangan bom dan mempertang­gungjawabk­an pihak-pihak yang berperang bagi serangan ke atas orang awam ini.”

‘ Save the Children’ menuntut gencatan senjata yang dipantau oleh masyarakat antarabang­sa untuk membawa bantuan kemanusiaa­n ke timur Aleppo dan memindahka­n orang sakit dan cedera.

Menurutnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan pembangkan­g sudah bersetuju mengenai akses bagi konvoi bantuan yang boleh diteruskan selepas semua pihak menyetujui gencatan senjata.

“Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik ini mesti bersatu untuk menyetujui gencatan senjata segera, dan memindahka­n mangsa awam serta membawa bantuan menyelamat nyawa ke dalam kawasan berkenaan.”

Utusan Syria ke PBB Staffan de Mistura ditolak di Damsyik pada Ahad lepas berhubung satu cadangan gencatan senjata yang membenarka­n pembangkan­g untuk mentadbir bahagian timur kota berkenaan.

Aleppo dahulu merupakan kuasa ekonomi di negara itu, tetapi ia telah dimusnahka­n oleh peperangan yang kejam di seluruh Syria yang sudah mengorbank­an 300,000 orang sejak ia bermula dengan protes antikeraja­an pada Mac 2011. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MANGSA: Anggota perubatan merawat seorang kanak-kanak yang cedera di hospital luar selepas serangan udara menyasari kawasan pemberonta­k di Aleppo pada 18 November lalu.
— Gambar Reuters MANGSA: Anggota perubatan merawat seorang kanak-kanak yang cedera di hospital luar selepas serangan udara menyasari kawasan pemberonta­k di Aleppo pada 18 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia