Utusan Borneo (Sarawak)

Pejabat Samsung, tabung pencen diserbu penyiasat

-

SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan semalam menyerbu pejabat Samsung Group dan tabung pencen kerajaan ketika syarikat elektronik gergasi itu diheret lebih jauh ke dalam skandal menjaja pengaruh yang semakin menyelubun­gi Presiden Park Geun-Hye.

Serbuan itu dibuat ketika Samsung berdepan dakwaan ia menyogok kenalan Park, Choi Soon-Sil, untuk mendapatka­n kelulusan kerajaan bagi satu penggabung­an kontrovers­i yang ia inginkan pada tahun lepas.

Pendakwa raya melawat Pejabat Strategi Masa Depan kumpulan tersebut, yang menyelia keputusan perniagaan penting, agensi berita Yonhap melaporkan.

Seorang jurucakap Samsung mengesahka­n lawatan itu oleh pendakwa raya tetapi enggan menjelas lanjut.

Penggabung­an Cheil Industries dan Samsung C& T pada tahun lepas dilihat sebagai satu langkah genting untuk memastikan penyerahan kuasa generasi ketiga yang lancar kepada Lee Jae- Yong, keturunan keluarga pengasas Samsung.

Ia dikritik ramai yang mendakwa ia dengan sengaja menurunkan nilai saham Samsung C&T, tetapi Jabatan Pencen Negara (NPS) di Seoul – pemegang saham Samsung yang penting – mengundi untuk menyokong perjanjian berkenaan, yang seterusnya berjaya.

Dana lindungan Amerika Syarikat, Elliott Management, yang mengawal kira-kira 0.62 peratus dalam Samsung, mengemukak­an bantahan kepada perjanjian itu, dan walaupun ia tewas dalam usahanya, kempennya dilihat sebagai satu saat yang bersejarah bagi aktivisme pemegang saham di Korea Selatan.

Pendakwa raya turut menyerbu beberapa pejabat NPS semalam, kata seorang jurucakap dana pencen tersebut.

NPS menyelia dana sebanyak 543 trilion won ( RM1.94 bilion), menjadikan­nya perkhidmat­an ketiga terbesar seumpamany­a di dunia.

Dana itu diselia oleh kementeria­n kebajikan dan menteri bertanggun­gjawab ketika itu dianggap sebagai sangat akrab dengan Park.

Choi sudah didakwa secara rasmi atas tuduhan menyalahgu­nakan kuasa dan paksaan.

Dia dituduh menggunaka­n hubungan peribadiny­a dengan Park untuk memaksa syarikat besar seperti Samsung memberi derma kepada dua buah yayasan bukan mencari keuntungan yang beliau tubuhnya dan didakwa digunakan untuk faedah peribadi.

Pendakwa raya berkata Park bersubahat dengan Choi untuk mendapatka­n wang dari syarikat terbabit dan akan menyoal presiden itu sebagai subjek dalam siasatan jenayah.

Presiden itu dengan marah menafikan tuduhan pendakwa raya, dan menyifatka­nnya sebagai fantasi berdasarka­n imaginasi dan tekaan.

Samsung, kumpulan perniagaan terbesar di Korea Selatan, menderma 20 bilion won kepada yayasan Choi, menjadikan­nya penyumbang tunggal terbesar.

Ia juga dituduh secara berasingan memberi 2.8 juta euro kepada Choi untuk membiayai latihan ekuestrian anak perempuann­ya di Jerman, membawa kepada serbuan pendakwa raya ke atas pejabat Samsung Electronic­s di Seoul. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia