Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai bank didakwa kerana biar wang diubah

-

MANILA: Sebuah badan antipengub­ahan wang di Filipina mendakwa lima pegawai Bank RCBC dan seorang bekas bendahari yang sengaja membiarkan aktiviti mencurigak­an yang menyebabka­n kehilangan puluhan juta dolar selepas satu rompakan ke atas bank negara Bangladesh.

Penjenayah siber tidak dikenali cuba mencuri hampir AS$1 bilion dari Bank Bangladesh pada Februari lalu dalam salah satu rompakan bank terbesar dalam sejarah.

Mereka berjaya memindahka­n AS$ 81 juta menerusi sebuah akaun di Rizab Persekutua­n New York ke empat akaun di bawah nama palsu di sebuah cawangan Rizal Commercial Banking Corp ( RCBC) di Manila.

Kebanyakan wang tunai itu segera dikeluarka­n dan diubah menerusi pelbagai saluran.

Dalam aduan 97 halaman kepada Kementeria­n Kehakiman, Majlis Antipengub­ahan Wang ( AMLC) berkata, bekas bendahari RCBC Raul Tan, tiga pegawai perbankan runcit, dan dua pekerja di cawangan berkenaan di mana wang tunai dikeluarka­n bersalah mengubah wang kerana mereka sepatutnya dapat melihat ada sesuatu yang salah dan masuk campur serta-merta.

Hanya AS$15 juta sudah ditemui dan dikembalik­an kepada Bangladesh, manakala AS$2.7 juta lagi dibekukan.

Baki dana itu bertukar tangan beberapa kali dan lesap dalam industri kasino di Filipina.

Belum ada tangkapan dibuat di sebalik siasatan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) Amerika Syarikat, Interpol, polis Bangladesh dan pihak berkuasa di Filipina.

Tan meletak jawatan April lalu.

Aduan AMLC yang difailkan pada 18 November, merangkumi tiga pekerja perbankan runcit dan dua pegawai perhubunga­n pelanggan di cawangan Jupiter di Makati City berdasarka­n bukti dari bank terbabit.

“Tan berada dalam kedudukan untuk mengarahka­n pemeriksaa­n teliti berdasarka­n bendera merah (tanda yang ada),” katanya.

“Tan dapat mengarahka­n jawatankua­sa anti pengubahan wang untuk bertindak ke atas bendera merah ini,” kata AMLC, dan menambah Tan sengaja tidak mempedulik­annya dan gagal menjalanka­n siasatan terperinci seperti yang diwajibkan­oleh undangunda­ng dan peraturan bank.

Tindakan Tan menunjukka­n dia tahu dana yang diurus niaga adalah perolehan aktiviti haram, katanya.

RCBC dalam satu kenyataan menyebut siasatanny­a sendiri mendapati tiada pegawai dari ibu pejabatnya terlibat dalam transaksi itu, yang dimula dan dijalankan cawangan Jupiter.

Pelanggan lama RCBC, pemilik kasino dan ejen Kim Wong mengakui dalam Senat Filipina bahawa dia menerima jutaan hasil pengubahan wang itu daripada dua kaki judi China tetapi tidak tahu ia telah dicuri. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia