Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera India tembak bas awam di Kashmir

Sembilan maut dalam pertelingk­ahan terkini di antara dua negara jiran nuklear itu

-

MU Z A F F A R A B A D : Sekurang- kurangnya sembilan orang maut dan tujuh lagi cedera dalam serangan merentasi sempadan yang terkena sebuah bas dari Pakistan di wilayah rebutan Kashmir semalam, kata pegawai, dalam pertelingk­ahan berdarah terbaharu di antara India dengan Pakistan.

Insiden itu berlaku sehari selepas India berkata tiga askarnya dibunuh oleh anggota tentera Pakistan dan mengancam untuk membalas dendam, satu dakwaan yang ditolak dengan marah oleh Pakistan.

Keganasan semalam berlaku di perkampung­an Nagdar dalam Lembah Neelum yang indah di Kashmir yang dikuasai Pakistan.

Pegawai pentadbira­n tempatan Sardar Waheed berkata serangan masih berlaku, yang menghalang ambulans daripada sampai ke lokasi kejadian.

“Anggota tentera India menyasari sebuah bas awam dekat LoC (Garisan Kawalan) di Lembah Neelam,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan e- mel. Dalam satu kenyataan berasingan, ia berkata serangan sengit sedang berlaku.

“Bilangan kematian dalam serangan bas itu adalah sembilan sekarang,” kata ketua polis Lembah Neelum, Jamil Mir.

“Sekurang- kurangnya sembilan orang sudah terbunuh dan tujuh lagi cedera,” kata Tuan Yang Dipertua Dewan Undangan Kashmir Pakistan, Shah Ghulam Qadir, di satu sidang akhbar di Muzaffarab­ad.

Beliau menuduh India sengaja menyasari orang awam.

Ke l m a r i n te n t e r a India menuduh Pakistan menghantar askar merentasi LoC, sempadan hakiki yang membahagik­an Kashmir, dan membunuh tiga askarnya, selain menambah salah satu mayat telah dicacatkan.

Namun Pakistan dengan marah menolak dakwaan itu dalam siri tweet dari seorang jurucakap kementeria­n luar lewat kelmarin, dengan menyatakan bahawa ia berasas dan satu rekaan.

Sementara itu, enam pemberonta­k Maoist bersenjata berat maut semalam dalam satu pertempura­n hutan dengan polis di timur India, kata seorang pegawai.

Polis berkata mereka melepaskan tembakan selepas diserang dalam satu operasi mencari pagi semalam di kubu kuat Maoist dalam daerah Latehar, negeri Jharkhand.

“Kawasan itu diliputi hutan tebal dan ia sudah menjadi sarang pemberonta­k sejak kira- kira 15 tahun lalu,” kata penguasa polis Anoop Birtharay.

“Pertempura­n itu berlaku selama 45-50 minit. Kami sudah menjumpai enam mayat anggota Maoist yang memakai seragam tentera hitam mereka yang tipikal,” katanya kepada AFP menerusi telefon.

“Kami j uga sudah merampas enam senjata dan kira-kira 500 butir peluru,” tambahnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KACAU: Warga Kashmir melintasi anggota separa tentera India yang berkawal semasa perintah berkurung di Srinagar dalam gambar fail 11 November.
— Gambar AFP KACAU: Warga Kashmir melintasi anggota separa tentera India yang berkawal semasa perintah berkurung di Srinagar dalam gambar fail 11 November.
 ?? — Gambar Reuters ?? TUMBANG: Pekerja perbandara­n memotong pokok yang melintang di tengah jalan setelah Otto membadai dengan hujan lebat di Panama City, kelmarin.
— Gambar Reuters TUMBANG: Pekerja perbandara­n memotong pokok yang melintang di tengah jalan setelah Otto membadai dengan hujan lebat di Panama City, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia