Utusan Borneo (Sarawak)

Otto membadai ganas Amerika Tengah

-

PANAMA CITY: Taufan Otto diramal akan bertambah kuat di Laut Caribbean selepas ia bergerak ke arah Amerika Tengah semalam, menyebabka­n tiga kematian di Panama dan memaksa pemindahan dari kawasan pantai di Costa Rica dan Nicaragua.

Otto menjadi taufan ketujuh bagi musim Atlantik pada 2016.

Taufan itu, yang membawa ribut lestari maksimum selaju 120 kilometer sejam, dijangka semakin kuat dan laju apabila ia bergerak ke arah barat, menuju Costa Rica dan Nicaragua pada hari ini (Khamis) sebelum ia tiba di darat, kata Pusat Taufan Kebangsaan dalam satu buletin semalam.

Buat masa ini, ribut dengan kekuatan taufan itu menjangka keluasan sehingga 10 batu dari pusat.

Hujan Otto “kemungkina­n akan menyebabka­n banjir lumpur dan banjir kilat yang mengancam nyawa” manakala “keadaan arus karau dan ombak yang mengancam nyawa” akan dialami di sepanjang pantai Panama, Costa Rica dan Nicaragua, kata pusat yang berpangkal­an di Miami berkenaan.

Di Panama, dua orang maut dalam kejadian banjir lumpur manakala seorang dibunuh oleh pokok tumbang ketika hujan lebat Otto mula turun, kata ketua Jabatan Pelindunga­n Awam Negara, Jose Donderis, kepada AFP.

Sembilan orang terkandas dalam banjir lumpur yang berlaku di barat ibu kota.

“Tujuh diselamatk­an tetapi malangnya dua orang yang sudah mati telah dijumpai,” katanya.

Satu lagi kematian adalah kematian seorang budak lelaki yang dihempap pokok yang jatuh ke atas kereta di mana dia berada ketika menunggu ibunya di luar sekolahnya di ibu negara, kata Donderis. Si ibu terselamat.

Pegawai di negara itu mengarahka­n semua sekolah ditutup. Pekerja kerajaan diarah meninggalk­an pejabat beberapa jam lebih awal semalam.

Negara jiran Costa Rica kelmarin mengarahka­n pemindahan lebih 4,000 orang di sepanjang bahagian utara pantai Caribbeann­ya, yang dihuni penduduk merata tempat, untuk mengelak kematian.

“Kami tidak akan membiarkan orang terus tinggal di kawasan berisiko dan kehilangan nyawa,” kata Presiden Luis Guillermo Solis di satu sidang akhbar.

Perintah i tu tidak merangkumi bandar pelabuhan utama Costa Rica di Limon di lantai selatan Caribbean. Bandar itu, yang mempunyai kira-kira 60,000 orang, diramal akan merasai kekuatan tempiasan dari taufan itu semalam.

Nicaragua, negara paling miskin di Amerika Tengah, sudah mengeluark­an amaran kebangsaan dan turut mengarahka­n pemindahan dari kawasan pantai.

Pengarah bersama agensi bencana negara SINAPRED, Guillermo Gonzalez berkata kapal tentera laut akan memindahka­n orang di Pulau Little acorn, sebuah pusat pelanconga­n popular Nicaragua di Laut Caribbean, ke tempat pelindunga­n di Pulau Corn yang lebih besar.

Kapal awam Nicaragua di laut diarah untuk pulang ke pelabuhan.

Taufan itu dijangka bergerak dekat Managua, ibu kota pedalaman Nicaragua, pada hari ini (Khamis).

Menurut ramalan, Otto dijangka merentasi genting Amerika Tengah yang sempit, dan hilang kekuatan sebelum ia keluar ke Lautan Pasifik esok (Jumaat).

Taufan itu tiba lewat pada musim taufan Atlantik, yang biasanya berlaku dari Jun hingga hujung November, tetapi melanda darat dalam kejadian yang luar daripada kebiasaan.

Costa Rica tidak mengalami taufan secara langsung sejak rekod mula disimpan pada 1951.

Satu taufan sebelum ini, Matthew, memusnahka­n beberapa bahagian di selatan Haiti pada awal Oktober lalu, membunuh 546 orang dan menyebabka­n hampir 175,000 orang kehilangan tempat tinggal. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia