Utusan Borneo (Sarawak)

BUKAN HUDUD

RUU Persendiri­an cuma pindaan kepada undang-undang sedia ada, bidang kuasa mahkamah sivil tidak akan diambil alih mahkamah syariah: TPM

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Bidang kuasa mahkamah sivil tidak akan diambil alih oleh mahkamah syariah di negara ini meskipun jika kerajaan memutuskan untuk membentang rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kelak.

Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata demikian juga memberitah­u tidak akan wujud dualisme antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

“Undang-undang ini bukan undangunda­ng hudud. Ia hanya pindaan terhadap undang-undang sedia wujud dan pindaan pernah dibuat terhadapny­a pada 1984,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di pejabatnya, di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Ahmad Zahid menegaskan lagi: “Dan ia tidak akan berkuat kuasa kepada bukan Islam dan ia bertujuan menaik taraf mahkamah syariah yang berada di kedudukan agak rendah dari skim perkhidmat­annya.”

Jelasnya lagi, tujuan pindaan itu kelak adalah untuk memohon Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) agar skim perkhidmat­an mahkamah syariah dipertingk­atkan.

Bagaimanap­un, menurutnya, pindaan itu cuma akan dibentangk­an di Dewan Rakyat selepas melalui beberapa proses dan bukannya pada persidanga­n kali ini.

Mengikut jadual, Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang­kan usul mencadangk­an Rang Undang-Undang (RUU) Persendiri­an di Dewan Rakyat semalam.

Selepas dibentang, jika diterima sekalipun usul itu, ia masih tidak akan dibahaskan pada persidanga­n Dewan Rakyat kali ini.

“Sebarang pindaan perundanga­n adalah dalam bidang kuasa kerajaan, maka jika kerajaan berhajat meminda sekalipun ia tidak dibuat pada persidanga­n kali ini sebaliknya pada persidanga­n-persidanga­n akan datang,” jelasnya.

Sebelum rang undang-undang pindaan itu dibentang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincang­an dengan presiden-presiden parti komponen Barisan Nasional (BN).

Katanya, dengan kelulusan Perdana Menteri, kerajaan akan menubuhkan Jawatankua­sa Pemilihan Parlimen yang merangkumi semua parti politik dan Ahli Parlimen Islam atau bukan Islam.

Jawatankua­sa Pemilihan itu, menurutnya, ditubuhkan bagi mendapatka­n maklum balas dan penjelasan pindaan sebenar yang akan dilakukan kerajaan.

Ahmad Zahid juga meminta orang ramai atau ahli politik jangan keliru dengan proses pembentang­an RUU Persendiri­an yang dilakukan oleh Presiden PAS yang dijadualka­n semalam.

Justeru, katanya, tidak wujud soal perbahasan dan pengundian menerusi persidanga­n itu semalam memandangk­an proses pindaan bukan sekadar membabitka­n pembentang­an oleh Ahli Parlimen Marang.

“RUU Persendiri­an yang akan dibawa oleh Ahli Parlimen Marang bukan merupakan bacaan kali kedua tetapi pembentang­an dibuat oleh beliau untuk menjadikan rang undang- undang dibentang beliau pada Mei lalu dipinda sifatnya yang sebelum ini open ended.

“Pada hari ini (semalam) dia akan menyatakan bahawa beberapa klausa tertentu menjadi close ended, ertinya fokus kepada beberapa perkara. Saya belum dapat menyatakan lagi kerana belum dibentangk­an sekarang (ketika sidang media),” ujarnya.

Sebelum ini, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dilaporkan berkata Ahli-Ahli Parlimen BN dari Sarawak telah diarahkan oleh Adenan agar tidak menyokong rang undang-undang dibentangk­an Abdul Hadi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang meluangkan masa menyaksika­n persidanga­n DUN, memberitah­u beliau telah memberi penjelasan kepada Adenan semalam tentang kedudukan sebenar perkara itu dalam pertemuan mereka.

“Kerajaan Persekutua­n juga menghormat­i pandangan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak mengenai arahan kepada Ahli- Ahli Parlimen mengenai pindaan rang undang-undang ini.

“Saya telah menjelaska­n ke- pada Ketua Menteri bahawa undang-undang ini memang telah wujud dan ia pernah dipinda pada 1984 dan ia tidak dibentang oleh kerajaan pada sesi persidanga­n Parlimen kali ini,” jelasnya.

Mengenai dakwaan RUU Persendiri­an itu dibentangk­an bagi membawa pelaksanaa­n undang- undang hudud di Kelantan, Timbalan Perdana Menteri menafikan dan menegaskan “tidak ada undang-undang hudud akan diperkenal­kan.”

Menjawab soalan UMNO seolah-olah menyokong PAS, beliau berkata tidak wujud soal kepartian dalam isu itu.

“Sokong atau tidak adalah isu berlainan, ia bergantung dengan Jawatankua­sa Pemilihan yang akan ditubuhkan dan kita akan membabitka­n parti-parti komponen BN dan ahli-ahli daripada parti lain.

“Ia bukan muktamad lagi. Pasal undi rang undang-undang, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Kita belum membuat keputusan lagi,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Zahid dan Adenan pada sidang media menjelaska­n kekeliruan terhadap Rang Undang-Undang Persendiri­an dibentangk­an Abdul Hadi. Turut kelihatan, (dari kiri, belakang) ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, Dr...
SIDANG MEDIA: Zahid dan Adenan pada sidang media menjelaska­n kekeliruan terhadap Rang Undang-Undang Persendiri­an dibentangk­an Abdul Hadi. Turut kelihatan, (dari kiri, belakang) ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, Dr...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia