Utusan Borneo (Sarawak)

BAYI DITEMUI DALAM SEMAK

-

MIRI: Seorang bayi baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di dalam semak berhampira­n sebatang jalan di Tudan Desaras Fasa 6, di sini awal petang semalam.

Bayi perempuan itu ditemui oleh penduduk kampung yang kebetulan lalu di jalan berkenaan apabila terdengar bunyi tangisan bayi dari dalam semak sekitar jam 2 petang.

Apabila diperiksa, mereka terkejut mendapati ia adalah tangisan seorang bayi yang berbungkus dengan kain, lalu bertindak mendapatka­n bantuan serta menghubung­i pihak polis.

Bayi tersebut yang masih bertali pusat berserta uri dibungkus dengan kain batik berwarna biru yang dibasahi dengan air ketuban, dipercayai baharu dilahirkan pada tempoh dua hingga empat jam sebelum ditemui.

Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Khoo Leng Huat yang mengesahka­n penemuan itu memberitah­u anggota polis di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 2.52 petang yang memaklumka­n penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dan masih bernyawa di tepi sebatang jalan di Tudan Desaras, Fasa 6.

Katanya, ketika pihak polis mengambil bayi tersebut, tiada sebarang kecederaan ditemui pada badannya dan telah diserahkan kepada doktor di bahagian kecemasan Hospital Miri untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Setakat ini, kita masih belum mengetahui siapakah ibu bayi ini. Namun kita meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui mengenai kelahiran bayi ini (dan siapa yang melahirkan­nya), supaya tampil untuk membantu siasatan polis,” katanya.

Khoo berkata kes terse- but akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tudan Desaras Fasa 6 merupakan skim penempatan semula yang baharu dan masih banyak kawasan lot belum didirikan dengan rumah kediaman, selain rumah-rumah sedia ada yang masih belum mempunyai kemudahan asas.

 ??  ?? DITINGGAL IBU: Bayi perempuan yang cukup sifat dan ditinggalk­an dalam semak di tepi jalan Tudan Desaras Fasa 6.
DITINGGAL IBU: Bayi perempuan yang cukup sifat dan ditinggalk­an dalam semak di tepi jalan Tudan Desaras Fasa 6.
 ??  ?? DI SINI: Penduduk yang terjumpa bayi tersebut menunjukka­n lokasi di mana beliau menemuinya.
DI SINI: Penduduk yang terjumpa bayi tersebut menunjukka­n lokasi di mana beliau menemuinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia