Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA SUSPEK PECAH RUMAH DIBERKAS

-

KUCHING: Polis berjaya menahan tiga suspek geng pecah rumah, termasuk dua adik-beradik dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Foochow di sini semalam.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia 16 hingga 46 tahun itu cuba meloloskan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis yang melakukan serbuan tersebut sekitar jam 7.30 pagi.

Difahamkan, turut berjaya ditemui dalam serbuan tersebut ialah beberapa perkakasan elektrik serta komponen-komponen motosikal.

“Bertindak terhadap kegiatan pecah rumah dan curi, sepasukan polis dari IPD Kuching yang diketuai ASP Austin Patrick telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Foochow untuk mengesan suspek.

“Setiba di rumah tersebut, tiga suspek yang berada di dalam rumah cuba melarikan diri daripada pihak polis namun berjaya ditangkap selepas itu.

“Hasil pemeriksaa­n turut menemui beberapa perkakasan elektrik dan komponen motosikal dipercayai ia merupakan harta curi kerena suspek gagal mengemukak­an sebarang resit atau dokumen pembelian,” kata sumber.

Ketiga - tiga suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kuching untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahka­n kejadian tersebut.

“Ketiga- tiga suspek iaitu dua berasal dari Jalan Foochow dan seorang dari Kenyalang Park, didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan dua daripadany­a positif dadah,” katanya.

Menurutnya, ketigatiga suspek akan direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? TUMPAS: Ketiga-tiga suspek (duduk) ditahan anggota dari IPD Kuching. Turut kelihatan beberapa barang yang ditemui dari rumah suspek.
TUMPAS: Ketiga-tiga suspek (duduk) ditahan anggota dari IPD Kuching. Turut kelihatan beberapa barang yang ditemui dari rumah suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia