Utusan Borneo (Sarawak)

Judi siber terus dibanteras

Dua lelaki ditahan, tiga unit mesin simulator dirampas

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Dua lelaki diberkas dan beberapa barang termasuk tiga unit mesin simulator permainan judi video dirampas hasil serbuan polis ke sebuah premis di Jalan Haji Lampan di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata seorang lelaki itu dikenal pasti sebagai penjaga kaunter di premis berkenaan manakala seorang lagi merupakan pelanggan.

Dalam serbuan itu katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri diketuai Asisten Superinten­den (ASP) Unang Giang menyerbu sebuah premis terletak di Jalan Haji Lampan di sini kerana dipercayai ada menjalanka­n kegiatan judi siber.

“Hasil serbuan dilakukan sekitar jam 9.30 malam itu, polis berjaya memberkas dua lelaki masing-masing berusia 36 dan 23 tahun. Seorang daripadany­a dikenal pasti sebagai penjaga kaunter manakala seorang lagi pelanggan.

“Semasa serbuan, pelanggan terbabit sedang leka bermain judi siber tanpa menyedari kehadiran pihak polis,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarka­n semalam.

Dalam serbuan sama katanya, polis turut merampas tiga unit mesin simulator permainan judi video masingmasi­ng jenis Ocea King 2, Red Clif dan Monkey King; empat keping kad pengimbas kredit dan wang tunai RM390 untuk dijadikan barang kes.

Berikutan itu kata Khoo, pemilik premis akan disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 5 (2) Ordinan Hiburan 2001 kerana membenarka­n premisnya dijadikan tempat perjudian serta menjalanka­n kegiatan judi siber tanpa lesen sah.

 ??  ?? BARANG KES: Beberapa anggota serbuan sedang memunggah mesin simulator yang dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Pusat Miri.
BARANG KES: Beberapa anggota serbuan sedang memunggah mesin simulator yang dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Pusat Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia