Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pantas bomba Kanowit berjaya kawal kebakaran rumah daripada merebak

-

KANOWIT: Tindakan pantas pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit berjaya mengawal api daripada merebak dalam satu kebakaran berlaku di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10.41 pagi, beberapa penghuni rumah terbabit dikatakan sedang sibuk menyediaka­n jamuan makan tengah hari kepada peserta kursus asas kefahaman Islam di Masjid Arrahman dekat sini.

Komander Operasi Kanan PPgB Arrahman Chik memberitah­u Utusan Borneo, api dipercayai bermula daripada bahagian dinding berhampira­n tangga tingkat atas ru- mah jenis separuh kekal itu.

“Semasa kejadian seramai lapan penghuni daripada dua keluarga yang terlibat dalam perniagaan katering sedang sibuk menyediaka­n tempahan bagi jamuan makan tengah hari untuk peserta kursus di Masjid Arrahman,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihak BBP Kanowit dimaklum mengenai kebakaran bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera LFRT dan sebuah pacuan empat roda dengan kekuatan tujuh anggota diketuai oleh PBK II Labang.

Setibanya di tempat kejadian dalam jarak dua kilometer pada jam 10.46 pagi, pasukan pemadam mendapati api sedang marak di tingkat atas rumah itu.

Menurut Arrahman, operasi pemadaman terus dilakukan dengan menggunaka­n satu aliran ‘hose reel’ dan sumber air tangki.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam masa 15 minit dan operasi selesai pada jam 11.03 pagi,” ujarnya.

Beliau berkata, api telah mengakibat­kan rumah tersebut terbakar 30 peratus di tingkat atas.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak bomba.

“Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden ini,” tambah Arrahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia